Jumaat, 30 Julai 2010

Majlis Ahya Ramadhan, Doa Selamat dan Penubuhan Puteri


Salam

Adalah dimaklumkan, Puteri UMNO Pasir Gudang 
dan Cawangan Permas Utama akan mengadakan Majlis:
 
1) Ahya Ramadhan bersempena menyambut bulan Ramadhan
2) Doa Selamat kepada ayahanda Ketua Puteri yang sedang 
    sakit dan untuk semua
3) Penubuhan Puteri UMNO Cawangan Permas Utama

Pada tarikh berikut ;-

Tarikh    :  3 Ogos 2010 (Selasa)

Masa     :  8 malam

Tempat  :  Bilik Gerakan Permas Utama
                Jalan 5/9 Permas 
               (Belakang Masjid Permas Utama)        
       

Sehubungan dengan itu semua ahli Puteri dijemput hadir  
dengan membawa kuih untuk dinikmati bersama

Sekian, terima kasih

Khamis, 29 Julai 2010

Gelombang penafian politik


Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

USAHA untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam oleh ahli-ahli politik dalam negara ini merupakan satu kegiatan yang baik dan perlu dialu-alukan. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam dalam negara ini.

Kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan diantara yang memimpin dengan yang dipimpin. Kerana itulah, Rasulullah SAW menegaskan, "bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."

Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 103 mengenai berpegang teguh kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai.

Namun amat dikesalkan atas kejujuran orang lain untuk melihat dua kuasa politik sebangsa dan seagama kembali berkerjasama, cadangan yang membawa kepada penyatuan itu akhirnya dipersoalkan sebagai sesuatu yang bohong.

Mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan orang lain dengan menggunakan kayu
pengukur pengekalan kuasa politik adalah satu bentuk sindrom resah dan kekacauan moral yang tidak selaras antara apa yang diucapkan dengan apa yang dilakukan.

Begitulah realiti umat Islam dewasa ini. Sepatut kita sama-sama mencari jalan
penyelesaian sehingga al-Quran dapat berfungsi kembali sebagai petunjuk
tertinggi dalam memecahkan masalah ummah yang tak pernah selesai. Kita harus bersikap jujur dalam memahami al-Quran, membuang jauh-jauh kepentingan peribadi.

Al-Quran sebenarnya juga berfungsi sebagai al-Furqan tetapi mengapa kita masih saja terpasung dalam polarisasi yang meruncing sesama umat Islam? Sebagai petunjuk, al-Quran menerangkan secara jelas hakikat antara yang benar dan salah. Kemudian diserahkan kepada manusia dengan kemahuan bebasnya untuk memilih yang benar atau yang salah, tidak terkecuali dalam kaitannya dengan moral dan kekuasaan.

Banyak peristiwa sejarah yang berlaku di Malaysia boleh kita renungi betapa
kerana takut kehilangan kuasa, mereka yang berada di tampok kekuasaan tidak lagi menghiraukan moral rakyat kebanyakan. Pada ketika itu, rakyat hanyalah sekelompok penyokong yang perlu mengiyakan apa yang diputuskan oleh pemimpin walaupun sedar ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Pemimpin terus menganggap dirinya yang betul, maka rakyat perlu patuh kepada apa yang dinyatakan.

Permulaan berkuasa penuh dengan kesederhanaan dan rendah diri. Setelah lama berkuasa, kesederhanaan sifat dan tindakan sudah berubah, sehingga pendapat orang lain tidak lagi perlu walaupun orang itu mendapat sokongan padu daripada ahli yang membentuk dan mengemaskan perjalanan organisasi.

Proses penyatuan tidak perlu dirintis secara lebih bermaruah kerana ia akan
menggadaikan seluruh perjuangan yang ditegakkan selama ini, akan membongkar kesilapan lalu yang terlalu lama digula-gulakan kepada rakyat.

Itulah realiti politik yang sedang berlaku dalam gelombang pengekalan kuasa
menuju sebuah arah yang gagal. Kegagalan bukan kerana tidak memahami keperluan, tetapi atas sikap yang semakin ego dan autokratik. Bila ada pihak yang cuba menghantar isyarat bagi memperbetulkan arah, maka pemimpin itu akhirnya diberikan petunjuk baru agar segera menghentikannya. Maka terjadilah suasana bisu dan beku, yang hanya boleh memberikan pandangan adalah pemimpin itu seorang.

Maka belum pun perbincangan selanjutnya dirintis, petanda awal itu bertukar
menjadi geruh politik yang membingungkan orang ramai. Dolak-dalik pun bermula sebagai petanda baru pemuafakatan yang disarankan semakin tidak dipersetujui kerana takutkan pusingan kuasa beralih dan bertukar tampok. Legasi untuk kekal sepanjang hayat tidak akan menjadi kenyataan, walaupun kepimpinannya semakin terumbang-ambing bagaikan "orang mabuk kuasa."

Kuasa mutlak milik Allah SWT. Pemimpin tidak berhak mempersoalkan kuasa yang mutlak kerana mempersoalkannya bererti cuba mengambil hak Allah SWT. Apabila pemimpin menyoalkan dan menilai seseorang itu masuk syurga misalnya, ia sudah bermakna sebagai satu percubaan mengambil kuasa yang hanya milik Allah SWT. Mempersoalkan hakikat keimanan seseorang atas kelainan fahaman politik juga merupakan percubaan mempertikai kuasa Allah SWT sedangkan antaranya masih mengucap dua kalimah syahadah, beribadat dan beriman dengan al-Quran, keyakinan kepada Tuhan yang sama.

Putaran turun naik dan jatuh bangun sesebuah kekuasaan bukanlah suatu peristiwa yang tidak bermakna, dalam setiap penggiliran kuasa itulah sebenarnya Allah SWT ingin memperlihatkan bentuk pengajaran yang terbaik untuk manusia. Teladan itu akan membentuk satu falsafah moral yang bakal menjadikan panduan buat manusia bagi meneruskan kelangsungan kuasa dan membentuk sebuah peradaban yang kuat.

Beruntunglah bagi manusia yang dapat memahami dan mengambil pengajaran dari setiap peristiwa yang pernah dialami dan menjadikannya sebagai nilai baru sepanjang menguruskan kuasa, tetapi bukan menjadikan kuasa itu sebagai milik mutlak manusia. Kemutlakan tetap milik Allah SWT. Amanah tersebut perlu dilaksanakan secara bermoral dan bertanggungjawab.

Penghayatan dan kupasan sejarahwan dan pemikir Islam, Ibnu Khaldun mengenai hal ini bersandarkan sepotong ayat yang telah digambarkan dalam al-Quran. Bangun dan jatuhnya sesuatu bangsa itu adalah kerana sikap kelompok elit yang tidak mempedulikan hak rakyat yang perlu diberikan perhatian dan akhirnya keegoan kelompok elit dengan pendapatnya sahajalah yang betul, maka rakyat menjadi muak dan benci. Ketika itulah suatu kuasa lain akan muncul mengambil peranan menjatuhkan kelompok elit yang lupakan tanggungjawab dan tidak melaksanakan amanah. (al-Quran Surah al-Isra ayat 16).

Kelompok elit terdahulu bukan sahaja jatuh, malah menerima jalan akhir penuh kejelikan. Kita mungkin tidak dapat melupakan bagaimana kekuatan Dinasti Pahlawi dan akhirnya terpaksa berkelana sehingga mati dalam buangan apabila rakyat Iran mula mempersoalkan bagaimana kuasa yang ada telah disalahgunakan. Kita juga memahami bagaimana suatu masa kemunculan Marcos penuh dengan sanjungan dan harapan, tetapi akhirnya dijatuhkan secara tragis sehingga menyebabkan kepulangan mayatnya menjadi konflik dan ketegangan.

Seorang penguasa wajib menjaga kehormatan agama Islam. Dia harus tetap membangun dan memperkuatkan pertahanan dan berusaha menjunjung tinggi kebenaran dan menjaga kemurnian umat agar langkah perjalanannya terpuji di sisi Allah SWT. Pemimpin juga perlu memperlihatkan sikap dan wibawa yang terpuji, bukan hanya untuk mendapatkan sanjungan manusia, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

Jangan-jangan kita semua sudah tidak peduli lagi dengan perintah Tuhan. Kita
semua sudah menjadi hamba dalam dunia bayangan yang kita ciptakan sendiri.
Semasa di masjid, kita membesarkan dan memuji kekuasaan Allah SWT; di luar masjid kita menggunakannya untuk bermaksiat kepada-Nya. Tangan-tangan yang kita angkat sepanjang amalan doa itulah juga kita celupkannya dengan dosa.

Lidah-lidah yang kita gegarkan bersama alunan suara nyaring menyebut Asma-Nya, lidah itulah juga akhirnya kita lontarkan kata-kata kesat, umpatan dan fitnah. Lidah itulah juga akhirnya memenjarakan diri kita dalam gelombang pembohongan dan penafian yang tidak berkesudahan.

Lidah itulah juga menyekat kita dari melakukan bahasa yang indah dan penuh makna kepada sebuah kebaikan. Kitalah sebenarnya telah memenjarakan tirai kuasa dalam politik belantara yang kotor dan keji.

Jangan kerana ingin terus berselindung di sebalik tirai kuasa, kita menjerat
diri dalam tabir politik dolak-dalik dan prejudis. Itulah sebenarnya telah
membunuh nilai diri dan keinsanan kita, sebagaimana dianjurkan oleh Islam. Tidak perlu kita mengamalkan apa yang pernah disyorkan oleh Machiavelli, matlamat menghalalkan cara, kuasa menghalalkan tindakan dan mengetepikan prinsip moral.

PENULIS ialah Yang Dipertua

Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

Majlis Golf Mayang

Salam,
 
Program Amal Golf Mayang menjemput 5 org AJK Puteri pada majlis Makan Tenghari jam 12 pada 31/7/2010 di Ponderosa.
 
Sila hantar nama sekiranya ingin hadir.
TQ

Isnin, 19 Julai 2010

Aktiviti Terkini

1)- 30 Julai - 01 Ogos : Kempen Keselamatan Jalan Raya & Anti Dadah (RADA) bertempat di Permas Jaya 1, Taman Permas Jaya, Masai. Banyak acara menarik menanti anda... Autoshow, Pertandingan Kompang, Zapin, Karoke & byk lg... Pelbagai Pameran dr swasta & kerajaan... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
 2)- WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN yang menetap di PASIR GUDANG... berminat utk menyertai Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) pada 1 Ogos 2010 bertempat di UiTM Shah Alam, hubungi KPU3PG, Raja Norasyikin Raja Ali segera SEBELUM 23 JULAI utk maklumat lanjut.
  

Khamis, 15 Julai 2010

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) Puteri Malaysia

Salam.

Buat makluman semua sahabat Pu3 PG Yahoo Groups

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E. (Voluntary Group For Everyone) Sukarelawan Puteri akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
 
Tarikh : 1 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 4.00 ptg (Bengkel) dan 2.00 ptg hingga 6.00 ptg (Perasmian)
Tempat : Dewan Seminar UiTM Shah Alam (Bengkel) dan Majlis Perasmian (Tapak Letak Kereta UiTM Shah Alam)

Puteri PG perlukan 30 orang peserta yg terdiri drpd 5 org utk setiap bengkel (ada 6 bengkel yang akan berjalan serentak). Peserta adalah terdiri drpd WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN, penyertaan dari bukan Ahli Pu3 juga dialu-alukan.

Mereka yg berminat, sila email atau fb saya atau PSU Pu3 di :-
- fb KP : Raja Norasyikin Raja Ali
- Email PSU : diazzanirsa@ yahoo.com
- fb PSU : Diazz Anirsa

Berikan Nama Penuh, No K/P, Alamat & No H/P saudari2 sekalian. SEBELUM 23 JULAI 2010, Tempat terhad, siapa cepat dia dapat......

Mohon diwar2kan pada sahabat2 yg lain...

Terima kasih dari;
KPu3PG

Sabtu, 10 Julai 2010

PERTANDINGAN PUTERI ANGGUN 1 MALAYSIA

Sepertimana yang telah di war warkan ..

Program"Slot Puteri" dalam prgm International Bridal & Showcase akan di adakan

Pada: 11hb julai 2010
Masa:  jam 3 petang
Tempat: Giant plentong, Johor Bahru.

DIPERSILAKAN
WARGA MALAYSIA YANG BERADA DI JOHOR UNTUK TURUT SERTA DALAM
PERTANDINGAN PUTERI ANGGUN 1 MALAYSIA YANG AKAN DI ADAKAN DI GIANT
PLENTONG JOHOR PADA 11HB JULY 2010, 3 PTG.
SYARAT PERTANDINGAN 17
TAHUN KE ATAS, BERPAKAIAN CANTEK, MENARIK, DAN TIDAK MENJOLOK MATA,
KAUM IBAN, MALANAU, INDIA, CINA, DI GALAKKAN.....

TERIMA KASIH

Isnin, 5 Julai 2010

Perkhemahan Kepimpinan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN)

Salam buat semua Puteri PG.

Satu kursus daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) anjuran Gerakan Belia 4B(M) Caw Permasa Perdana bersama Pergerakan Pemuda UMNO Caw Bandar Baru Permas Jaya akan diadakan pd ketetapan berikut :-

Tarikh : 9 hingga 11 Julai 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Mutiara Motors Resort, Tanjung Sedili Kecil, Mersing, Johor
Pendaftaran : Jam 11 pg 11 Julai

Keperluan yg disediakan : Pengangkutan, Penginapan, Makan & Minum. Bawa keperluan peribadi & pakaian (sopan) secukupnya

10 orang Ahli Puteri diperlukan bagi menyertai kem ini. Tempat terhad jadi siapa cepat dia dapat.

Tarikh tutup beri nama pd saya selewat-lewatnya 6 Julai jam 2 ptg.

Boleh hubungi saya melalui email ini "rajanorasyikin@ gmail.com" atau inbox fb saya "Raja Norasyikin Raja Ali"

Terima kasih atas komitmen & kerjasama yg diberikan.

KPu3PG

Ahad, 4 Julai 2010

Kelebihan Berpuasa Pada Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”