Jumaat, 19 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 3 Cawangan

Salam hormat,

Sambutan Maulidur Rasul 3 cawangan iaitu 
Perjiranan 10, Perjiranan 9, Rumah Pangsa Tmn Air Biru
akan diadakan pada SABTU (20/03/2010) 
di Balairaya Perjiranan 9.
Majlis bermula dari jam 7.30pg hingga 1.00 ptg..
Aktiviti pertama iaitu Perarakan dari Medan Selera Perjiranan 9  
hingga ke Balairaya Perjiranan 9 pada jam7.30pg...
Dirasmikan oleh YB. DATO’ SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN..Beliau dijangka tiba jam 9.00pagi..
Diikuti acara nasyid, bacaan suci ayat Al-Quran dari kanak2 kelas tadarus Al-Quran Perjiranan 9, 
Ceramah agama dari Ustaz Kiai Haji Suhaili .
Makanan disediakan.

Sesiapa yang ada kelapangan baik lelaki, perempuan, tua, muda mahupun kanak-kanak dijemput hadir bersama-sama menjayakan majlis agama ini. 
Semoga kedatangan anda semua diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Rabu, 10 Mac 2010

PROGRAM SEMINAR CELIK NIAGA

Program : Seminar Usahawan Celik Niaga
Pada     : 28.3.2010
hari       : Ahad
Masa    : 8pagi-5petang
Tempat :Kolej komuniti pasir Gudang
Anjuran : Biro Usahawan Puteri UMNO Pasir Gudang
Perasmian : Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin (Ketua UMNO Pasir Gudang & Menteri Pengajian Tinggi)
TIADA YURAN DIKENAKAN (100 penyertaan pertama)
Sasaran
a)        Golongan muda yang berminat menceburi bidang usahwan
b)        Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan
c)        Usahawan yang mahu menambah rangkaian perniagaan
d)        Bakal Usahawan yang mahu memulakan perniagaan
Objektif
Program ini adalah satu Taklimat menjana ekonomi dan menyampaikan maklumat serta meluaskan pengetahuan
dalam bidang perniagaan.Perserta juga didedahkan dengan kaedah memohon lesen perniagaan mengikut klasifikasi
perniagaan yang diceburi.selain itu mereka juga diperkenalkan dgn satu cabang perniagaan rangkaian produk HPA
 
Kandungan Seminar
a)         Taklimat dan Penerangan
         Pengurusan Peniagaan oleh Kolej Komuniti
         Perlesenan oleh Majlis perbandaran
 
b)        Forum/bengkel bersama Badan Kewangan
        TEKUN,Bank Rakyat,Amanah Ikhtiar PUJB
 
c)        Peluang Perniagaan Islam
        HPA MARKETING
 
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi sebelum 20 March 2010
Saidati   -0137430826
Norlija   -0197757303
Normah -0137724475

Tahniah Biro Latihan & IT PU3PG....


Tahniah kepada Biro Latihan & IT Puteri UMNO Pasir Gudang yang dipengerusikan oleh Pn Norziewani Nordin dan jawatankuasanya kerana telah berjaya mengadakan kursus English Conversation di Kolej Komuniti Pasir Gudang semalam 8 Mac 2010

Ini merupakan program kedua yang dijalankan oleh biro tersebut dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 24 orang peserta telah hadir dan dipantau oleh Biro.

Program menjadi lebih bermakna dengan kehadiran En Hairi Malek, Setiausaha Politk YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin yang mewakili Datuk Seri merasmikan satu program di Kolej Komuniti  sudi singgah bagi menyampaikan amanat dan semangat kepada peserta bersama Pn Zainab Osman, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Dengan sokongan daripada Puteri UMNO Pasir Gudang, UMNO Bahagian dan peserta, Biro Latihan dan IT akan dalam perancangan mengadakan program yang lebih besar dalam tahun ini, insyallah.

Harussani jawab Nik Aziz

PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.
 
Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
 
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.
Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
 
"Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
 
"Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
 
"Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.
 
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
 
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
 
Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.
 
Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.
Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.
 
Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak."Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya," katanya.