Jumaat, 28 Ogos 2009

Program Puteri sepanjang Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan.

Untuk makluman semua, Pergerakan Puteri UMNO Bhg Pasir Gudang telah menyusun beberapa program sempena bulan Ramadhan 1430H yang penuh barakah ini. Sdra/Sdri/Tuan2/Puan2 dijemput bersama2 memanjang2kan maklumat ini (jika ia difikirkan baik), memeriahkan (bagi yg ada kelapangan) dan menyumbangkan tenaga dan bersedekah (bagi yg sudi beramal) ke program2 berikut :-

1) 04 September 2009M bersamaan 14 Ramadhan 1430H
PROGRAM TADARUS & BERBUKA PUASA PUTERI JOHOR
di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana
- program tahunan Puteri Johor
- akan disertai oleh 30 orang Ahli Puteri Pasir Gudang diringi sepasang Bunga Pahar
- bacaan juzuk dan surah khatam akan diberitahu kemudian
- di bawah kelolaan SDRI SITI AINUR IZAHAIRANI HJ MD OTHMAN (PENGERUSI BIRO AGAMA PUTERI) dibantu oleh SDRI NORMAH KASSIM (NAIB KETUA PUTERI)
2) 05 September 2009M bersamaan 15 Ramadhan 1430H
PROGRAM CAHAYA LEBARAN & BERBUKA PUASA PUTERI PASIR GUDANG
di rumah pasangan suami isteri warga emas (tiada anak2) yg dhaif di Taman Plentong Baru
- program gotong royong, membesih, menghias dan membuat persiapan menjelang Aidilfitri di rumah tersebut
- akan disertai oleh Ahli Puteri PG dan pelajar2 Kolej Komuniti PG
- membuat persiapan masak juadah berbuka puasa dan berbuka bersama2 pasangan tersebut
- di bawah kelolaan SDRI FARIDAH MAMAT (PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN PUTERI) dibantu oleh SDRI ASRINA ZAID (PEN SETIAUSAHA PUTERI)
3) 12 & 13 September 2009M bersamaan 22 & 23 Ramadhan 1430H
PROGRAM JUALAN AMAL LEMANG & HAMPER RAYA PUTERI
- Tempahan sudah boleh dibuat mulai sekarang (flyers akan diedarkan 1, 2 hari ini)
- Lemang akan mula dimasak pada pagi 12hb dan penghantaran pada 12 & 13 Sept ini bertempat di Kg Pasir Gudang Baru. Siapa cepat dia dapat.
- Sumbangan yg diperolehi akan diagihkan pada RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PUTERI bersama kanak2 PDK pada bulan Syawal nanti insyallah (yang akan dikelolakan oleh SDRI SAHARA SUPERY (PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN & WARISAN PUTERI)
- di bawah kelolaan SDRI SAIDATI SAMAT (PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN USAHAWAN PUTERI) dibantu oleh SDRI NOOR KHAIREENA HJ ABU BAKAR (PEN BENDAHARI PUTERI)
Semoga usaha ini mendapat perhatian, sokongan dan bantuan semua pihak hendaknya.

- GENERASI WANITA PRIHATIN -    - PRIHATIN BERWAWASAN -

- PUTERI PG ... BERETIKA BERWIBAWA -

Daripada ;
Raja Norasyikin Hj Raja Ali
Ketua Puteri PG

Khamis, 20 Ogos 2009

MAJLIS TAKLIMAT H1N1 DI PASIR GUDANG

Salam Puteri,
Semalam 19hb Ogos 09 Biro Kemasyarakatan sempat ke majlis penerangan penyakit H1N1 di Hotel Selesa Pasir Gudang.
Penceramah Dr Suhaimi Hassan dengan tajuk H1N1 dan Pregnancy.
Sekilas info dari penerangan tersebut:
1.Penyakit H1N1 mudah berjangkit dari manusia ke manusia
2.H1N1 pertama wujud pada tahun 1918, pada tahun tersebut jumlah kematian 40 juta orang.
3.Di Malaysia dijangka 20-30% penduduk akan dijangkiti.
4.Di Malaysia penyakit ini banyak menular dikalangan orang-orang melayu.
5.Statistik pada17hb Ogos 09 Malaysia mendudukki tangga ke 10 di seluruh dunia. Sehingga tarikh itu seramai 3857 orang telah dijangkiti dan telah meragut 64 nyawa.
6.Penyakit ini mudah menyerang pada golongan;
  i)  Kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun,
  ii) Orang tua berumur lebih 65 tahun
  iii) Perempuan mengandung
  iv) Penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan asma     
  v)  Bekerja sebagai penjaga orang-orang tua di pusat jagaan
  vi) Obesiti
7.Penawar yang ada di Malaysia sekarang hanya 20% diseluruh hospital
8.Digalakkan rakyat malaysia memakai topeng keselamatan tak mengira sedang atau belum dijangkiti.
9.Amalkan kebersihan diri setiap masa
10.Imunisasi tidak ada lagi diseluruh dunia
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT"
Sama-samalah kita berdoa agar kita dihindari dari penyakit ini.
Info dari
Norlija Borham
Pengerusi Biro Kemasyarakatan

Selasa, 11 Ogos 2009

Pink Blink-Blink di Persidangan Puteri

          Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pasir Gudang telah selamat dijalankan pada 8 Ogos 2009 / Sabtu di TS Hotel Taman Scientex jam 2 petang. Persidangan telah dirasmikan oleh Pn Farahah Ismail, Ketua Puteri UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Puteri UMNO Mersing.  Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO, Datuk Hj Ibrahim Hj Ghafar, Setiausaha Bahagian, Tn Hj Sehabudin Mat Ali, Naib Ketua Pemuda, En Roslan Hassan, Pemerhati Bahagian, En Ishak Yaakub, En AzmanJaafar En Rosman dan ketua-ketua UMNO di cawangan sekitar.  
          YM Pn Raja Norasyikin Hj Raja Ali dalam ucapan aluannya telah menzahirkan penghargaan kepada 29 Puteri UMNO Cawangan daripada 30 cawangan yang telah bersidang bagi tahun 2009. Yang mana 2 cawangan baru telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2 cawangan baru ditubuhkan pada 2009. Beliau berharap program-program yang dijalankan oleh Puteri UMNO Bahagian melalui biro-biro adalah untuk menguatkan lagi jati diri pada setiap ahli puteri dan menarik minat generasi wanita muda Pasir Gudang untuk cenderung menyokong UMNO. Sebagai menyuntik semangat dan mengaktifkan puteri di cawangan, Puteri UMNO Bahagian telah menyumbangkan set Bola Jaring berupa bola, bip dan wisel kepada setiap Puteri UMNO Cawangan di Pasir Gudang
           Datuk Hj Ibrahim Hj Ghafar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dalam ucapannya pula menyifatkan kekuatan perpaduan dikalangan Puteri UMNO Pasir Gudang sebagai benteng utama UMNO Pasir Gudang dalam menghadapi Pilihanraya ke 13. Beliau mencadangkan penubuhan NGO dibawah Puteri UMNO bagi mengiatkan lagi aktiviti kerjasama dengan kementerian-kementerian lain.
           Sementara Pn Farahah Ismail dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Puteri UMNO Pasir Gudang yang telah berjaya menggalas tanggungjawab sebagai sayap paling bongsu UMNO. Dan berharap kemantapan waja diri setiap puteri dapat diserap dan persediaan untuk menarik kembali kecenderungan generasi muda untuk berpaksi pada UMNO pada pilihanraya yang mendatang. Bagi pihak Puteri UMNO Negeri dan Pusat akan sentiasa membantu Puteri UMNO Bahagian bagi memastikan UMNO terus releven.
           Bagi pihak Puteri UMNO Bahagian merakamkan terima kasih kepada Pn Farahah Ismail serta rombongan Puteri dari Mersing dan Penyelaras Badan Perhubungan UMNO Negeri dari Puteri UMNO Parit Sulong yang begitu komited menjalankan tugas. Semoga ukhwah terjalin sentiasa mengeratkan antara satu sama lain.


 
Dewan TS Hotel dilimpahi warna merah jambu


Selasa, 4 Ogos 2009

Kursus Waja Diri Puteri UMNO Pasir Gudang

          Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang melalui Biro Belia & NGO, Biro Penerangan dan Pelajaran telah menganjurkan Kursus Waja Diri 3 hari 2 malam pada 31 Julai hingga 2 Ogos di Tunjuk Laut, Tanjung Leman.
          Kursus dikendalikan oleh DZN Consultant ini telah membabitkan seramai 93 orang Puteri dan Belia kawasan Pasir Gudang. Tidak ketinggalan 2 buah institut Pengajian iaitu Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Yayasan Pelajaran Johor telah menyertai kursus ini.
          Program berkonsep ketahanan, keselamatan, kepimpinan, ketuhanan dan kenegaraan ini disusun bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat waja dalam mempertahankan negara.
Seawal malam pertama, peserta telah diuji dengan Kembara Malam apabila perlu melalui tepian hutan pada malam pekat.
          Pada hari kedua ketahanan fizikal dicabar dengan teknik mengapungkan diri dilaut, menuruni lurah, panjat tiang, merangkak dalam terowong, melalui kawat duri dan sebagainya.
Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Belia 4B Kawasan Pasir Gudang yang telah menjemput Pengasas ProWaris, saudara Feriz Omar yang telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai kepimpinan muda. Pihak JASA Parlimen Pasir Gudang juga telah menjemput turun penceramah JASA iaitu Ustaz Azmi Madon yang telah mengupas mengenai 1 Malaysia. Sementara Majlis Keselamatan Negara selaku penaja terbesar En Najib Dawod telah meniup semangat patriotisme.
          Bagi pihak Puteri UMNO Bahagian mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bersama Puan Zurina Hassan, Cik Nurain Hj Abd Rahman dan Cik Siti Aminah Mahat yang telah berusaha bagi menjayakan program ini, dan kepada Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri dan semua jawatankuasa yang terlibat telah memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini. Tahniah!