Selasa, 4 Ogos 2009

Kursus Waja Diri Puteri UMNO Pasir Gudang

          Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang melalui Biro Belia & NGO, Biro Penerangan dan Pelajaran telah menganjurkan Kursus Waja Diri 3 hari 2 malam pada 31 Julai hingga 2 Ogos di Tunjuk Laut, Tanjung Leman.
          Kursus dikendalikan oleh DZN Consultant ini telah membabitkan seramai 93 orang Puteri dan Belia kawasan Pasir Gudang. Tidak ketinggalan 2 buah institut Pengajian iaitu Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Yayasan Pelajaran Johor telah menyertai kursus ini.
          Program berkonsep ketahanan, keselamatan, kepimpinan, ketuhanan dan kenegaraan ini disusun bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat waja dalam mempertahankan negara.
Seawal malam pertama, peserta telah diuji dengan Kembara Malam apabila perlu melalui tepian hutan pada malam pekat.
          Pada hari kedua ketahanan fizikal dicabar dengan teknik mengapungkan diri dilaut, menuruni lurah, panjat tiang, merangkak dalam terowong, melalui kawat duri dan sebagainya.
Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Belia 4B Kawasan Pasir Gudang yang telah menjemput Pengasas ProWaris, saudara Feriz Omar yang telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai kepimpinan muda. Pihak JASA Parlimen Pasir Gudang juga telah menjemput turun penceramah JASA iaitu Ustaz Azmi Madon yang telah mengupas mengenai 1 Malaysia. Sementara Majlis Keselamatan Negara selaku penaja terbesar En Najib Dawod telah meniup semangat patriotisme.
          Bagi pihak Puteri UMNO Bahagian mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bersama Puan Zurina Hassan, Cik Nurain Hj Abd Rahman dan Cik Siti Aminah Mahat yang telah berusaha bagi menjayakan program ini, dan kepada Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri dan semua jawatankuasa yang terlibat telah memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini. Tahniah!

Tiada ulasan: