Khamis, 25 Februari 2010

UMNO Bertambah Islamik, PAS Bertambah Takut.

Dalam senyap UMNO menerap kan nilai nilai Islam. Tak secara melalak dan berteori mcm PAS.

PAS pula mengamal Islam hanya di bibir dan di ceramah, lebih dari itu tak ada. "Pilih lah kami, kami akan ceramah dan terus ceramah" tu nampak nya slogan PAS.

Kalau PAS cerita ttg Islam PAS kena pandang kiri kanan dulu takut takut DAP akan dgr dan marah.

Kalau PAS jerit "hudud" atau "negara Islam" esok ada saje wakil PAS kena mengadap wakil DAP utk kautim yg jeritan tu utk pancing undi sahaja.

Kalau ada kain pemidang menyebut PAS mahu "hudud" atau "negara Islam" esok wakil PAS akan buat laporan Polis mengata kan kain itu bukan PAS yg pasang , Punya la takut PAS dgn pemberi tulang untuk di jinjing ia itu DAP.

Tgk le masa Hussam Musa tersepit depan khalayak ramai pasal "hudud" demi nak menang debat sangup kata "masih dlm perjuangan PAS" nak menang kat situ saje asal nak dapat sorakan. Tapi esok nya menjawap dlm perbincangan terutup dgn DAP dan keluar kata " semua dah selsesai" apa yg selesai? Kautim ngn DAP yg hudud utk tipu bangsa sendiri saje. "gua dapat undi melayu, lu pun untung" tu la gak nya kautim PAS.

Terbaru bila kerajaan dokongan UMNO mengeluarkan statemnt mengata kan 3 kes sebatan telah di selesai kan cara syariah. Wah melalak wakil PAS. Sampai kata UMNO nak jadi juara Islam dan ia nya palsu.
Eh buat cara islam pun salah ke? Tak buat ko kutuk, buat ko kutuk jugak. Org putih kata "damn if u do, damn if u dont".

Lepas tu bila kempen "UMNO juara rakyat" cuba di gangu oleh org PAS. Tak ada benda nak kacau maka kes guna sekolah pulak di ungkit. nak buat acara kasi bantuan kat sekolah di ungkit? Masa DAP guna wnag keranjaan PP buat kat tokong ko tak ungkit? Pakai ketayap beratur depan tokong ambik bantiuan ko senyap.

Bila bangsa ko nak bantu bangsa sendiri ko kacau. Ni lah ayat quran yg org pas baca . tafsir Islam nya lain mcm .

PAS kian bertambah jauh dari Islam , UMNO solid dlm kes nama Allah, PAS pulak berpecah , yg nak jual agama demi undi satu pihak, yg puak lagi satu di sebelah pihak. Tu akibat tak junjur la tu. Demi nak undi sangup jual punggong tak ada lansung takut dgn allah.

Secara hemah dan secara halus UMNO sudah pikat hati rakyat. kalau esok p/raya insyallah UMNO sapu 70% undi melayu. Tapi demi tak mahu PAS sedar dan counter maka UMNO buat secara senyap dan taktikal.

Konspirasi ciptaan Anwar yg takut masuk jel kerana liwat lalu mencipta konpirasi 2 supaya masuk jel kerana bakal jadi PM ada lah hayalan semata mata.

DSN dan TSMY tak ambil lansung faktor anwar menang kes atau tak kerana sokongan melayu sudah kembali kpd UMNO. There is no anwar faktor at all.Pada DSN dan TSMY anwar bebas pun ok, anwar masuk pun ok.

Jadi sekarang kita boleh lihat bagaimana UMNO menjurus kpd pembetulan dan mentadbir secara islamic tanpa menakut kan sahabat bukan Islam di dalam negara.

Kebajikan dan kesejahteraan rakyat yg sedang giat di laksana UMNO sungguh menakut kan PAS.
Sehingga PAS duduk memikir kan bagaimana nak sabotaj nya, itu lah ajaran Islam rasullulah yg PAS praktik kan agak nya.

PAS tak dapat mencerita kan kebaikan nya lalu terpaksa mencerita kan keburukan org lain. "make others look bad in order to make it self look good" tu polisi Islam PAS. Agak nya allah mahu bantu ke parti semacam ini?

Syabas UMNO , pedokong Islam praktikal, Pi mampus sama lu PAS pendokong Islam di bibir dan teori.

Takziah: Ketua Puteri Ampang meninggal akibat sakit jantung


KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd Zerain, 37, meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Ukay di sini, semalam kerana sakit jantung.
Haslinda, yang masih bujang, menghembuskan nafas terakhir di ruang tamu rumahnya jam 11.35 pagi dan hanya disedari ibunya Datin Rahimah Abdullah beberapa minit kemudian ketika mahu mengejutkannya kerana menjangka beliau tertidur di sofa.
Adik lelaki Allahyarham, Mohd Afdan, 33, berkata kakaknya dimasukkan ke Institut Jantung Negara selama sebulan bagi menjalani rawatan sebelum dibenarkan pulang tiga minggu lalu.

“Sakitnya dikesan lima tahun lalu, namun sejak tiga minggu lalu, beliau dibenarkan pulang ke rumah dan tahap kesihatannya semakin teruk sejak dua minggu lalu,” katanya.

Bapa Allahyarham, Datuk Dr Zerain Abdul Majid, 60, berkata Haslinda yang juga anak sulung dari tiga beradik, banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sejak tahap kesihatannya merosot.

“Sejak tiga minggu lalu, Haslinda tidak keluar rumah dan tidak mahu berenggang dengan saya dan isteri,” katanya, sambil menyifatkan Haslinda seorang yang sangat periang dan aktif.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang sebelum solat Asar, semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang ditemui ketika menziarahi jenazah menyifatkan pemergian Haslinda sebagai satu kehilangan besar kepada parti.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat aktif, rajin serta komited ketika menjalankan tugas.

Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo pula berkata, Umno dan Puteri Umno Ampang khususnya kehilangan seorang pemimpin berpotensi kerana Haslinda adalah pencetus idea penubuhan Puteri Umno di Ampang selain sangat berjasa kepada parti.

Jom sertai Kursus 'ENGLISH CONVERSATION' / PERTUTURAN (Penangguhan)


Salam hormat,
 
Pemberitahuan penangguhan Kursus pada 7 March 2010.  
 
Adalah dimaklumkan Biro IT dan Latihan   Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan Kursus  'English Conversation' / Perbualan pada 07/03/2010 Ahad jam 8.00pg – 5ptg di Kolej Komuniti Pasir Gudang . Yuran penyertaan sebanyak RM22.00. Makan dan sijil disediakan. Tempat adalah terhad. Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Puteri dan lepasan SPM . Sesiapa yang berminat, sila hubungi nama-nama berikut sebelum 20/02/2010

1) Cik Norfazidah – 017-7049409, 
2) Cik Surenah – 012-7141279, 
3) Cik Nur Amal Zakiah – 019-7443474, 
4) Puan Normah Kassim – 013-7724475 
 
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris memandangkan era globalisasi yang semakin canggih dan menuntut pertuturan pelbagai bahasa supaya kita tidak ketinggalan dibelakang.

Khamis, 11 Februari 2010

Kursus 'ENGLISH CONVERSATION' / PERTUTURAN anjuran Biro IT

Salam hormat,
 
Adalah dimaklumkan Biro IT dan Latihan  Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan Kursus  'English Conversation' / Perbualan pada 28/02/2010 Ahad jam 8.00pg – 5ptg di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Yuran penyertaan sebanyak RM25.00. Makan dan sijil disediakan. Tempat adalah terhad. Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Puteri dan lepasan SPM. Sesiapa yang berminat, sila hubungi nama-nama berikut sebelum 20/02/2010

1) Cik Norfazidah – 017-7049409, 
2) Cik Surenah – 012-7141279, 
3) Cik Nur Amal Zakiah – 019-7443474, 
4) Puan Normah Kassim – 013-7724475 
 
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris memandangkan era globalisasi yang semakin canggih dan menuntut pertuturan pelbagai bahasa supaya kita tidak ketinggalan dibelakang.

Rabu, 10 Februari 2010

Zambry sah MB Perak

PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

  • Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang menolak rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

  • Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak kembali menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak minta semua pihak menerima dengan hati terbuka.

  • 1 Malaysia We Concern

    Puteri UMNO Pasir Gudang telah mengadakan program 1 Malaysia We Concern pada 6 Februari 2010. Program seumpamanya itu adalah kali kedua dijalankan selepas Program Kabilah Prihatin pada Hari Raya Aidil Adha 2008. Program ini berkonsepkan Konvoi Jelajah sekitar Parlimen Pasir Gudang dengan menemui masyarakat yang memerlukan.


    Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang seminggu selepasnya, barangan yang dibawa berupa Hamper, beras, beg Puteri, limau dan wang tunai. Sebanyak 10 buah rumah yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan India telah dikunjungi oleh rombongan Puteri UMNO. Penerima terdiri dikalangan orang tua, ibu ditinggal, ibu tunggal, cacat, anak ramai dan mangsa kebakaran. Dan kebanyakan penerima bukanlah dikalangan penerima bantuan JKM. ADUN-ADUN yang terlibat kan mengusahakan mendaftarkan mereka.


    Jelajah Parlimen Pasir Gudang ini melibatkan dua DUN iaitu Permas dan Johor Jaya. Kedua-dua wakil rakyat telah turun padang mengunjungi rumah-rumah penerima di DUN masing-masing. Paling menarik apabila kunjungan di Tasek 64 Seri Alam menyaksikan penerima dari kaum India, wakil rakyat daripada kaum Cina (YB Tan Cher Puk) dan anjuran daripada kaum Melayu (Puteri UMNO Pasir Gudang). Di sinilah konsep 1 Malaysia terpakai.


    Penerima jelas menunjukkan  keharuan dengan kehadiran rombongan Puteri dan masyarakat sekeliling juga merasa kehadiran kami. Menyaksikan airmata, berkongsi masalah, dan melihat keperitan hidup sungguh menginsafkan. Mungkin barangan yang diterima tidak seberapa, namun kami mendengar rintihan, kami bawa bahu untuk mereka menumpahkan air mata, dan kami hulurkan tangan untuk mereka rasai kepedulian kami pada semua kaum. Mereka cukup kuat untuk menjaga 5 anak tanpa suami, menghadapi bencana, warga tua yang menjaga anak cacat, mendidik 8 anak tanpa bantuan, anak-anak kecil yg menjaga diri sendiri.


    Bagi pihak Puteri UMNO Pasir Gudang merakamkan jutaan terima kasih kepada YB MM Samy ADUN Permas, YB Tan Cher Puk ADUN Johor Jaya, En Sabapathy bersama MIC Pasir Gudang, MCA Pasir Gudang, UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ketua dan wakil cawangan UMNO yang turut hadir semasa penyerahan, rakan-rakan Puteri yang menyertai konvoi dan penerima yang sudi menerima kunjugan kami. Semoga apa yang kita usahakan dalam redha dan berkatNya jua. Dan niat kita untuk menjuarai hati rakyat dalam perancanganNya jua.


    Khamis, 4 Februari 2010

    Saya berhak bersuara – Tengku Razaleigh

    KOTA BHARU 29 Jan. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.
    Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.
    Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.
    “Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.
    “Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.
    Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.
    Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 20,000 rakyat negeri ini.
    Penyertaan Tengku Razaleigh dalam ceramah itu mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.
    Sementara itu, ketika menyampaikan ceramah, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.
    “Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.
    “Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.
    Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik.
    Jelasnya, beliau sendiri sedia menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan pihak berkenaan demi pembangunan dan kepentingan negeri serta rakyat.
    “Saya rasa kerana mereka tak begitu yakin dengan kerajaan negeri disebabkan pimpinan Pas, barangkali saya fikir itu sebab berlengah tak nak bagi royalti kepada Kelantan.
    “Saya sanggup menjadi jambatan untuk berhubung antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan Petronas supaya dapat kita laksanakan dengan baik demi faedah Kelantan,” katanya.

    Wednesday, February 03, 2010
    1Malaysia: Indians came as beggars and Chinese especially women came to sell their bodies?

    Datuk Seri Najib Razak’s aide Datuk Nasir Safar will tender his resignation after allegedly saying:
    “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”
    It’s a fact that ethnic Indian and Chinese are from India and China respectively, but not as beggars and to 'jual tubuh' (flesh trade). The statement of our lovely Prime Minister’s special officer Nasir Safar is humiliating Indians and Chinese in Malaysia. Nasif Safar released a grateful statement for the deal right after Najib back from China and India for business to urge them to come and invest in Malaysia.

    The most shameful part was when the PM’s special aide rubbished all the MIC and MCA members in the hall when the time he released the racial slurs. Just imagine what the UMNO members are talking at the back. Shame on you! You are cheating millions of non-Malays with your empty 1Malaysia. Remember that the fact remains that without the Chinese and Indians Malaysia will still be a backward hamlet.

    The Malays should be thankful for the other races for building up the country's economy to what it is today instead of being so inward looking & over defensive. Malaysian Indian and Chinese was the generator of the economy from those days until now. I hope Malays stand up on their own feet instead of clinging to the crutches if they want to be respected. What makes the Malays so special that they should be treated as more equal than other races.

    I just wondering how could Malays are so poor whereas they are the majority, they have the largest market, they have the largest human capital and they have everything they want! Look at Robert Kuok, Ananda Krishanan, Vincent Tan, Tony Fernanderz, and lots more, all of them are from the minority ethnic Chinese and Indian. They are only few Malay millionaires in the list. Who to blame? Blame yourself!

    Today, the Chinese and Indian families that already lived here in this land for several generations had been insulted terribly. This is what UMNO doing since long time ago, and definitely this is what MCA and MIC laps up, licking obediently from the floor that UMNO walks on. MIC and MCA members are paralysed by fear of the possible loss of patronage from their UMNO masters. These are Malaysian Chinese and Indians who will sell their dignity. I spit on them!

    Such incident is not new in Malaysia. The racists are everywhere and grown by UMNO itself. 1Malaysia is just another lips service. Nasir Safar was sent by her boss Najib, how could Nasir says his view was not representing his boss? Isn’t it funny? This is 1Malaysia, stop the political gimmicks!

    NASIR SAFAR, THE PM'S SPECIAL OFFICER

    :BANGSA MALAYSIA
    source: http://perisik-rakyat.com/

    Isnin, 1 Februari 2010

    KARNIVAL SUKAN JPMM DUN PERMAS

    SALAM PU3 PG,
    KARNIVAL SUKAN JPMM DUN PERMAS
    PADA        :   7/FEBRUARY 2010
    TEMPAT   :   STADIUM TERTUTUP PASIR GUDAN
    MASA       :    8.00 PAGI
    YURAN     :  RM 30
    SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI
                   PN.NORLIJA = 019 7757303
                   PN.ROZITA  =   O137054309            

    "1Malaysia", satu slogan baru? Oleh Mustafa K Anuar- Media Review

    Apabila Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan pada 3 April lalu sebagai Perdana Menteri yang baru, beliau lantas memperkenalkan satu konsep baru kepada rakyat Malaysia, iaitu "1Malaysia".
    Pada asasnya, konsep ini adalah merujuk kepada usaha pemimpin BN untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang etnik di Malaysia.  Ini adalah langkah yang penting dalam impian pemimpin negara untuk membina satu masyarakat yang maju, progresif lagi berindustri.
    Perpaduan rakyat boleh dipupuk jika ahli dalam masyarakat benar-benar merasakan diri mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.  Dengan kata lain, nilai keadilan, kesaksamaan dan peluang memperbaiki diri yang sama adalah ramuan yang penting.
    Sebagai stakeholders yang mempunyai kepentingan dalam masyarakat, rakyat jelata perlu mendapatkan ruang di mana mereka sama-sama dapat berkongsi idea, impian dan juga kekecewaan, selain daripada juga mencapai kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan.  Peluang untuk meluahkan pandangan membina adalah penting dalam menjana perasaan a sense of belonging kepada rakyat yang mencintai negaranya.
     
    Perasaan "ke-asingan"
     
    Sebaliknya, luahan yang menyahkan atau mempunyai kesan menyisihkan sekelompok manusia dalam masyarakat berkenaan, seperti lemparan ungkapan "pendatang", sudah tentunya bukan sahaja mengundang perasaan marah dari komuniti berkenaan, tapi juga perasaan "ke-asingan".
    Polisi tertentu yang dibentuk oleh pemerintah yang mempunyai elemen diskriminasi juga berkeupayaan untuk melemahkan perasaan ‘keahlian’ bagi komuniti yang menghadapi amalan diskriminasi dari pihak tertentu. Pendekata, diskriminasi ini boleh menggagalkan usaha untuk memupuk perpaduan rakyat pelbagai etnik, dan seterusnya menggugat konsep ‘1Malaysia’ itu.
    ‘1Malaysia’ juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menghayati idea ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) yang penting kerana ini menggalakkan warganegara untuk menghargai kepentingan dan "kecantikan" yang boleh diperolehi daripada kepelbagaian. Konsep kepelbagaian ini dikatakan penting lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia di mana terdapat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai sikap, pendirian, fahaman, ritual dan budaya yang diamalkan.
    Kepelbagaian juga membawa implikasi bahawa wujudnya perbezaan dalam masyarakat dan interaksi manusia.  Dan perbezaan mempunyai potensi mencetuskan kesalahfahaman antara satu kelompok dengan kumpulan manusia lain.  Di sinilah timbulnya betapa penting dialog dan perundingan antara pihak yang berkaitan.  Malah, perbezaan yang dihargai dan hormati boleh membina solidariti dalam kalangan mereka.
    Tapi untuk ini semua dilaksanakan atau dicapai, ianya juga memerlukan penglibatan dan tindakan pemerintah.  Misalnya, "1Malaysia" yang benar-benar mengilhamkan masyarakat yang saksama dan merasakan perasaan "keahlian", harus membanteras usaha-usaha elemen tertentu dalam masyarakat yang cuba memecahbelahkan rakyat jelata menerusi politik ras, sepertimana yang dipopularkan oleh beberapa parti politik tanah air yang juga melibatkan kelompok BN sendiri.
    Kesatuan rakyat Malaysia juga boleh digagalkan melalui polisi pemerintah yang mendiskriminasi kelompok tertentu hanya berdasarkan warna kulit dan kepercayaan.  Gejala ini perlu ditangani golongan pemerintah yang dikatakan prihatin terhadap perpaduan rakyat.
    Sekiranya kecacatan yang ada pada dasar pemerintah dan juga tindakan yang diambil yang memecahbelahkan rakyat berdasarkan etnisiti tidak ditangani, maka ungkapan "1Malaysia" ini akan hanya tinggal sebagai slogan kosong semata-mata sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin politik sebelum Najib.
     
    Menjaga hegemoni politik
     
    Malah, konsep "1Malaysia" yang diwar-warkan ini akan hanya dilihat sebagai satu usaha golongan memerintah untuk semata-mata menjaga hegemoni politiknya dalam ertikata bahawa golongan memerintah berusaha mendapatkan restu (untuk kepimpinannya) daripada sebilangan rakyat dengan menjanjikan keadilan dan hak demokrasi pada tahap tertentu oleh pihak pemerintah kepada kelompok bukan Melayu yang rata-rata telah berkiblat kepada Pakatan Rakyat sejak pilihanraya umum yang lalu.
    Sesungguhnya, tawaran konsep "1Malaysia" kepada rakyat Malaysia bukan sahaja perlu berupa ikhlas malah ianya perlu direalisasikan secara sistematik dan berlandaskan lunas-lunas murni seperti keadilan, belas kasihan (compassion), demokrasi dan perpaduan.
     
    *Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati budaya, masyarakat dan slogan.
     
    Lawati: http://yangkudengar yangkulihat. blogspot. com