Rabu, 10 Februari 2010

1 Malaysia We Concern

Puteri UMNO Pasir Gudang telah mengadakan program 1 Malaysia We Concern pada 6 Februari 2010. Program seumpamanya itu adalah kali kedua dijalankan selepas Program Kabilah Prihatin pada Hari Raya Aidil Adha 2008. Program ini berkonsepkan Konvoi Jelajah sekitar Parlimen Pasir Gudang dengan menemui masyarakat yang memerlukan.


Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang seminggu selepasnya, barangan yang dibawa berupa Hamper, beras, beg Puteri, limau dan wang tunai. Sebanyak 10 buah rumah yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan India telah dikunjungi oleh rombongan Puteri UMNO. Penerima terdiri dikalangan orang tua, ibu ditinggal, ibu tunggal, cacat, anak ramai dan mangsa kebakaran. Dan kebanyakan penerima bukanlah dikalangan penerima bantuan JKM. ADUN-ADUN yang terlibat kan mengusahakan mendaftarkan mereka.


Jelajah Parlimen Pasir Gudang ini melibatkan dua DUN iaitu Permas dan Johor Jaya. Kedua-dua wakil rakyat telah turun padang mengunjungi rumah-rumah penerima di DUN masing-masing. Paling menarik apabila kunjungan di Tasek 64 Seri Alam menyaksikan penerima dari kaum India, wakil rakyat daripada kaum Cina (YB Tan Cher Puk) dan anjuran daripada kaum Melayu (Puteri UMNO Pasir Gudang). Di sinilah konsep 1 Malaysia terpakai.


Penerima jelas menunjukkan  keharuan dengan kehadiran rombongan Puteri dan masyarakat sekeliling juga merasa kehadiran kami. Menyaksikan airmata, berkongsi masalah, dan melihat keperitan hidup sungguh menginsafkan. Mungkin barangan yang diterima tidak seberapa, namun kami mendengar rintihan, kami bawa bahu untuk mereka menumpahkan air mata, dan kami hulurkan tangan untuk mereka rasai kepedulian kami pada semua kaum. Mereka cukup kuat untuk menjaga 5 anak tanpa suami, menghadapi bencana, warga tua yang menjaga anak cacat, mendidik 8 anak tanpa bantuan, anak-anak kecil yg menjaga diri sendiri.


Bagi pihak Puteri UMNO Pasir Gudang merakamkan jutaan terima kasih kepada YB MM Samy ADUN Permas, YB Tan Cher Puk ADUN Johor Jaya, En Sabapathy bersama MIC Pasir Gudang, MCA Pasir Gudang, UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ketua dan wakil cawangan UMNO yang turut hadir semasa penyerahan, rakan-rakan Puteri yang menyertai konvoi dan penerima yang sudi menerima kunjugan kami. Semoga apa yang kita usahakan dalam redha dan berkatNya jua. Dan niat kita untuk menjuarai hati rakyat dalam perancanganNya jua.


Tiada ulasan: