Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

Sambutan Hari Ibu & Bapa

Salam....  semua!!!

Jom ramai2 kita support program Hospital Penawar Pasir Gudang.. 28/05/11 (Sabtu) di Perkarangan Hospital Penawar Pasir Gudang.. 
 
Bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari!
Ada bermacam2 program kesihatan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma!!

Dan temui kami di booth pendaftaran Puteri UMNO. Pelbagai cenderahati Puteri UMNO boleh didapati

Isnin, 19 Julai 2010

Aktiviti Terkini

1)- 30 Julai - 01 Ogos : Kempen Keselamatan Jalan Raya & Anti Dadah (RADA) bertempat di Permas Jaya 1, Taman Permas Jaya, Masai. Banyak acara menarik menanti anda... Autoshow, Pertandingan Kompang, Zapin, Karoke & byk lg... Pelbagai Pameran dr swasta & kerajaan... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
 2)- WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN yang menetap di PASIR GUDANG... berminat utk menyertai Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) pada 1 Ogos 2010 bertempat di UiTM Shah Alam, hubungi KPU3PG, Raja Norasyikin Raja Ali segera SEBELUM 23 JULAI utk maklumat lanjut.
  

Khamis, 15 Julai 2010

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) Puteri Malaysia

Salam.

Buat makluman semua sahabat Pu3 PG Yahoo Groups

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E. (Voluntary Group For Everyone) Sukarelawan Puteri akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
 
Tarikh : 1 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 4.00 ptg (Bengkel) dan 2.00 ptg hingga 6.00 ptg (Perasmian)
Tempat : Dewan Seminar UiTM Shah Alam (Bengkel) dan Majlis Perasmian (Tapak Letak Kereta UiTM Shah Alam)

Puteri PG perlukan 30 orang peserta yg terdiri drpd 5 org utk setiap bengkel (ada 6 bengkel yang akan berjalan serentak). Peserta adalah terdiri drpd WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN, penyertaan dari bukan Ahli Pu3 juga dialu-alukan.

Mereka yg berminat, sila email atau fb saya atau PSU Pu3 di :-
- fb KP : Raja Norasyikin Raja Ali
- Email PSU : diazzanirsa@ yahoo.com
- fb PSU : Diazz Anirsa

Berikan Nama Penuh, No K/P, Alamat & No H/P saudari2 sekalian. SEBELUM 23 JULAI 2010, Tempat terhad, siapa cepat dia dapat......

Mohon diwar2kan pada sahabat2 yg lain...

Terima kasih dari;
KPu3PG

Selasa, 13 April 2010

ROMBONGAN KE HULU SELANGOR

Salam, rakan-rakan Puteri

Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan rombongan ke Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sebagaimana berikut :-

Tarikh           :        17 APril 2010 / Sabtu
Masa            :        4 pagi
Lokasi Bas     :        Pusat Bandar Pasir Gduang & Taman Molek
Pakaian         :        T-shirt Puteri / pink, Seluar hitam / gelap, tudung putih

Kepada yg berminat, sila berikan Nama, No I/C, No Tel, dan alamat pd saya melalui email / fon (013-7724475) . Tempat duduk terhad

Terima kasih

Jumaat, 19 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 3 Cawangan

Salam hormat,

Sambutan Maulidur Rasul 3 cawangan iaitu 
Perjiranan 10, Perjiranan 9, Rumah Pangsa Tmn Air Biru
akan diadakan pada SABTU (20/03/2010) 
di Balairaya Perjiranan 9.
Majlis bermula dari jam 7.30pg hingga 1.00 ptg..
Aktiviti pertama iaitu Perarakan dari Medan Selera Perjiranan 9  
hingga ke Balairaya Perjiranan 9 pada jam7.30pg...
Dirasmikan oleh YB. DATO’ SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN..Beliau dijangka tiba jam 9.00pagi..
Diikuti acara nasyid, bacaan suci ayat Al-Quran dari kanak2 kelas tadarus Al-Quran Perjiranan 9, 
Ceramah agama dari Ustaz Kiai Haji Suhaili .
Makanan disediakan.

Sesiapa yang ada kelapangan baik lelaki, perempuan, tua, muda mahupun kanak-kanak dijemput hadir bersama-sama menjayakan majlis agama ini. 
Semoga kedatangan anda semua diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Rabu, 10 Mac 2010

PROGRAM SEMINAR CELIK NIAGA

Program : Seminar Usahawan Celik Niaga
Pada     : 28.3.2010
hari       : Ahad
Masa    : 8pagi-5petang
Tempat :Kolej komuniti pasir Gudang
Anjuran : Biro Usahawan Puteri UMNO Pasir Gudang
Perasmian : Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin (Ketua UMNO Pasir Gudang & Menteri Pengajian Tinggi)
TIADA YURAN DIKENAKAN (100 penyertaan pertama)
Sasaran
a)        Golongan muda yang berminat menceburi bidang usahwan
b)        Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan
c)        Usahawan yang mahu menambah rangkaian perniagaan
d)        Bakal Usahawan yang mahu memulakan perniagaan
Objektif
Program ini adalah satu Taklimat menjana ekonomi dan menyampaikan maklumat serta meluaskan pengetahuan
dalam bidang perniagaan.Perserta juga didedahkan dengan kaedah memohon lesen perniagaan mengikut klasifikasi
perniagaan yang diceburi.selain itu mereka juga diperkenalkan dgn satu cabang perniagaan rangkaian produk HPA
 
Kandungan Seminar
a)         Taklimat dan Penerangan
         Pengurusan Peniagaan oleh Kolej Komuniti
         Perlesenan oleh Majlis perbandaran
 
b)        Forum/bengkel bersama Badan Kewangan
        TEKUN,Bank Rakyat,Amanah Ikhtiar PUJB
 
c)        Peluang Perniagaan Islam
        HPA MARKETING
 
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi sebelum 20 March 2010
Saidati   -0137430826
Norlija   -0197757303
Normah -0137724475

Khamis, 25 Februari 2010

Takziah: Ketua Puteri Ampang meninggal akibat sakit jantung


KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd Zerain, 37, meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Ukay di sini, semalam kerana sakit jantung.
Haslinda, yang masih bujang, menghembuskan nafas terakhir di ruang tamu rumahnya jam 11.35 pagi dan hanya disedari ibunya Datin Rahimah Abdullah beberapa minit kemudian ketika mahu mengejutkannya kerana menjangka beliau tertidur di sofa.
Adik lelaki Allahyarham, Mohd Afdan, 33, berkata kakaknya dimasukkan ke Institut Jantung Negara selama sebulan bagi menjalani rawatan sebelum dibenarkan pulang tiga minggu lalu.

“Sakitnya dikesan lima tahun lalu, namun sejak tiga minggu lalu, beliau dibenarkan pulang ke rumah dan tahap kesihatannya semakin teruk sejak dua minggu lalu,” katanya.

Bapa Allahyarham, Datuk Dr Zerain Abdul Majid, 60, berkata Haslinda yang juga anak sulung dari tiga beradik, banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sejak tahap kesihatannya merosot.

“Sejak tiga minggu lalu, Haslinda tidak keluar rumah dan tidak mahu berenggang dengan saya dan isteri,” katanya, sambil menyifatkan Haslinda seorang yang sangat periang dan aktif.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang sebelum solat Asar, semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang ditemui ketika menziarahi jenazah menyifatkan pemergian Haslinda sebagai satu kehilangan besar kepada parti.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat aktif, rajin serta komited ketika menjalankan tugas.

Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo pula berkata, Umno dan Puteri Umno Ampang khususnya kehilangan seorang pemimpin berpotensi kerana Haslinda adalah pencetus idea penubuhan Puteri Umno di Ampang selain sangat berjasa kepada parti.

Khamis, 11 Februari 2010

Kursus 'ENGLISH CONVERSATION' / PERTUTURAN anjuran Biro IT

Salam hormat,
 
Adalah dimaklumkan Biro IT dan Latihan  Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan Kursus  'English Conversation' / Perbualan pada 28/02/2010 Ahad jam 8.00pg – 5ptg di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Yuran penyertaan sebanyak RM25.00. Makan dan sijil disediakan. Tempat adalah terhad. Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Puteri dan lepasan SPM. Sesiapa yang berminat, sila hubungi nama-nama berikut sebelum 20/02/2010

1) Cik Norfazidah – 017-7049409, 
2) Cik Surenah – 012-7141279, 
3) Cik Nur Amal Zakiah – 019-7443474, 
4) Puan Normah Kassim – 013-7724475 
 
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris memandangkan era globalisasi yang semakin canggih dan menuntut pertuturan pelbagai bahasa supaya kita tidak ketinggalan dibelakang.

Khamis, 28 Januari 2010

PERTANDINGAN BOLA JARING

 

Pergerakan Puteri UMNO Bhg PG akan menganjurkan Pertandingan Bola Jaring JPMM DUN Johor Jaya pada hari Ahad, 31 Jan 2010 bermula jam 8.00 pagi, tempat akan diberitahu kemudian. Yuran penyertaan sebanyak RM 30 sahaja utk 1 kumpulan. Penyertaan adalah terbuka berumur 18 tahun ke atas. Semua Puteri Cawangan di dalam DUN Johor Jaya digalakkan menyertainya.


Jika berminat sila hubungi:
1) Pn. Raja Norasyikin Hj Raja Ali - 0197572471
2) Pn. Normah Kassim - 0137724475
3) Cik Hasrina - 0127364149

4) Pn. Masayu - 0137136593
5) Cik Huda - 0177846972

Isnin, 25 Januari 2010

Pemakaian perkabungan di Johor sukarela, bukan paksaan

JOHOR BAHRU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha
Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan.

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada
mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.
"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata, pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0 sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62 sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi "royal consort", gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata, gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku

Mengulas tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan
khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah. - Bernama
Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Johor Bersedih - Cuaca mendung pagi Jumaat 23 Januari 2010 dan curahan hujan yang jarang berlaku diwaktu pagi membawa khabar duka rakyat Johor.

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alalla Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail - Sultan Johor


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali


Peringatan untuk kita yang hidup, sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui kedudukan hamba disisiNya, sehingga baginda terpilih untuk mangkat pada penghulu hari. Baginda telah nazak pada waktu subuh dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Maghrib.


Hari pemakaman baginda dipermudahkan dengan cuaca terang, namun bandaraya Johor sunyi menangisi pemergian baginda.


Sebagai rakyat dan penduduk di bawah jajahan takluk Johor dikehendaki berkabung selama 7 hari dengan mengenakan lilitan putih sebesar 2 inci di songkok bagi lelaki dan tudung / selendang putih bagi wanita. Saya dimaklumkan ada yang telah dikenakan denda / saman sebanyak RM 700, dan berdasarkan peringatan dari ADUN  Tebrau, denda / saman maksimum sebanyak RM 3000 boleh dikenakan dibawa akta menderhaka kepada Sultan.


Kepada rakan-rakan Melayu beragama Islam yang berada di Johor, saya memperingatkan supaya mematuhi arahan tersebut  sebagai tanda taat kita kepada Sultan. Raja yang selama ini tempat kita berpayung di bawah jajahan takluk Johor.


Wallahualam


Nukilan
Normah Kassim
NKP

Khamis, 14 Januari 2010

Rosnah mahu buat kenduri dapat bayi

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.65 kilogram pada 6 Januari lalu, dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya, semalam.

Rosnah, 37, yang juga Ketua Puteri Umno ketika ditemui menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan ucapan tahniah yang dihulurkan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, beliau dan suami, Fadli Juanas, 30, akan mengadakan kenduri kesyukuran dan majlis cukur jambul anak mereka, Fahd Putera Rayyan Shirlin, di Sabah selepas disahkan sihat oleh doktor untuk kembali ke negeri itu.

SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengalu-alukan penyertaan anda sebagai warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang prihatin untuk menyertai kami sebagai SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI.

Objektif utama SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI adalah bagi membantu mangsa-mangsa dari segi kebajikan yang terlibat dengan apa jua bencana alam di seluruh negara, ianya diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa sementara mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Sekiranya anda prihatin dan berminat untuk menyertai SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI, Sila hantarkan maklumat diri;
Nama :
Alamat :
No K/P :
No. Tel / HP untuk dihubungi :
Emel :
No Ahli UMNO (Jika Ada) :

ke alamat email sukarelawanpu3@gmail.com
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 03-40413900 ext:386.
Penyertaan anda amat dihargai. GENERASI WANITA PRIHATIN- PRIHATIN BERILMU.

Sabtu, 5 Disember 2009

Kursus Asas Komputer 12/12/09

Salam,

Biro IT Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan
KURSUS ASAS KOMPUTER (Word,Excel,Power Point) pada:

Tarikh   : 12/12/2009 Sabtu
Masa    : 8am - 1pm
Tempat : Kolej Komuniti Pasir Gudang
Yuran   : RM15.00

Sijil Penyertaan dan makanan disediakan.
Tempat terhad kepada 25orang sahaja.
Lepasan SPM & STPM akan diberi keutamaan.

Kepada yang berminat boleh menghubungi:
1) Pn. Norziewani (0127417744)
2) Cik Surenah (0127141279)
3) Cik Ida (0197587073)

Rabu, 4 November 2009

Jom Join Kursus Kahwin di Pasir Gudang

Kursus Perkahwinanan)


Tarikh        :        7-8 Nov 2009
Tempat:    :       Kolej Komuniti Tmn Scientex
Yuran        :        RM 120
Anjuran     :        Al Falah & Jab Agama Johor
Hubungi    :        Pn Normah 013-7727745 @ 0177357967

Khamis, 29 Oktober 2009

Gotong Royong Membersihkan Pantai

Salam rakan-rakan puteri yang dikasihi

Bersempena program Local Agenda 21 Zon Permas, satu aktiviti kemasyarakatan akan diadakan iaitu Gotong Royong Membersihkan Pantai. Oleh itu rakan-rakan dijemput bersama-sama  menyertai program tersebut  bagi membantu Pantai Senibong menjadi Pusat Perlancongan Makanan Halal sebagaimana di bawah

Tarikh       :        31 Oct 2009 / Sabtu
Masa        :        8 pagi
Tempat    :         Pantai Senibong
Pakian      :        Tshirt Puteri / Pink dan yg sesuai
Salam,

Bagi peminat makanan burung payuh, dapatkan jenama FuYooo dari usahawan muda
Burung puyuh ni pun bagus bagi mengantikan ayam.. low cholestrol

Harga : RM 22 (10 ekor)
Hubungi : Hisham / Perang / 0123543497
Tenakan : Pontian Johor
Penghantaran :  Sekitar Pasir Gudang. Boleh dirunding
Tempahan : Sebelum 31.10.2009

HARAP DAPAT DIPANJANGKAN KEPADA RAKAN2..TQ

Jumaat, 9 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua PU3PG bersama Pergerakan PU3 PG

Salam,


Utk Makluman ;


1.     Rombongan Ke PWTC Bersempena Persidangan  
        Agung UMNO
        Pergi : 13 Oct 2009 jam 10 mlm dari Bus Stand  
                   Pasir Gudang dan Pej Bhg Taman Molek
        Balik  : 14 Oct 2009 jam 8 mlm


        Berminat sila hubungi Pn Zurina 013-7422850 & 
        Pn Ayu 013-7136593 sebelum 10/11 Oct 2009


2        Majlis Rumah Terbuka Puteri UMNO Pasir Gudang
           gabungan Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang 
           (YM Pn Raja Norasyikin Hj Raja Ali)


        Tarikh         : 17hb Oct 2009 / Sabtu
        Masa          : 8 mlm - 11 mlm
        Tempat      : Jalan Utama Kg Bendahara
                         (No.26, Jalan Rebong, Kg Bendahara, JB)


        SEMUA DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA
        Jumpa di sana, mana yg belum kenal tu nanti kita 
        berkenal-kenalan.

Selasa, 6 Oktober 2009

Urgent Vacancy !!

Salam Sejahtera,

Makluman,

Di kehendaki segera untuk mengisi jawatan yang di sediakan

Sesi Pengambilan khas untuk Kosutant dana kewangan baru
bersama CIMB

Kerjaya Secara Part Time atau Full Time.
Pengalaman tidak di perlukan Latihan & Insentif akan di berikan.
Peluang mengikuti convention ke luar negara.

Tahukah anda.,
Hanya menjadi seorang Konsultant kewangan di CIMB
anda mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit  tanpa had
(Boleh Secara Part Time atau Fulltime)

You are Welcome
Anda di jemput Hadir.ke sesi taklimat Kerjaya di CIMB

Date /Tarikh       :  6 October 2009 (Selasa Malam Rabu)
Venue/ Tempat   : CIMB Opis, Johor Bahru
                            (depan Plaza Pelangi JB
                            bersebelahan Standard Charted Bank)
Time Masa         : 8.00 mlm
Kelayakan          : Umur 21 tahun keatas 
                           *minimum SPM
                           *Diploma/Ijazah satu kelebihan.
                           *Agresif ,jujur & bercita-cita tinggi
                           *Bermotivasi dan komited terhadap kerjaya

Take Charge of your work & life

Berminat atau pertanyaan anda boleh call/sms/e-mail
Hubungi Kami segera

Terima kasih 

MOHD AZAM BIN JAMLUS
CIMB ISLAMIC Financial Consultant (AS)
Johor Bahru
Mobile     : 019-7778170