Khamis, 28 Oktober 2010

Ke-43 makmur

Indeks Legatum 2010 letak negara ke-8 termakmur di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tangga ke-43 daripada 110 negara di dunia yang tersenarai dalam Indeks Kemakmuran berdasarkan laporan terkini Legatum Prosperity Index 2010 yang disediakan Legatum Institute. Pada peringkat rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga kelapan mengikut kajian sama dilakukan badan bebas berkenaan.

‘The Prosperity Index’ atau Indeks Kemakmuran memberikan penekanan kepada asas ekonomi, kesihatan, kebebasan, sistem pentadbiran, keselamatan, pendidikan, peluang perniagaan dan hubungan sosial boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan tahap kebahagiaan rakyatnya.

Legatum Institute adalah badan bebas berpangkalan di United Kingdom yang memberi fokus kepada kajian bebas dan sokongan dasar bagi mempromosikan kebebasan individu, politik dan ekonomi di negara seluruh dunia.

Menariknya, corak pemilihan indeks kemakmuran oleh institut ini ialah ahli panel tidak hanya melihat kepada pembangunan ekonomi semata-mata seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga tujuh bidang seperti keusahawanan dan peluang perniagaan, sistem pentadbiran, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebebasan individu dan modal sosial.

Hasil kajian badan itu mengekalkan kedudukan Malaysia seperti tahun lalu, melalui tujuh bidang berkenaan iaitu ekonomi di tangga ke-21; keusahawanan dan peluang perniagaan (34); sistem pentadbiran (34); pendidikan (45); kesihatan (44); keselamatan (52); kebebasan individu (90) dan hubungan sosial (90).
Rumusan kajian ini meletakkan asas ekonomi serta keusahawanan dan peluang perniagaan serta sistem pentadbiran dilihat sangat kukuh tetapi kebanyakan bidang lain berada dalam keadaan sederhana.

Kajian itu meletakkan Norway pada kedudukan pertama, manakala Zimbabwe pula di tangga yang terakhir.

Singapura pula negara Asia Tenggara yang menduduki tempat tertinggi berbanding negara jirannya dengan menduduki tempat ke-17 sama seperti tahun lalu, manakala Thailand pula tangga ke-52 (naik dua anak tangga daripada tangga 54), Filipina turun daripada 61 ke-64 dan Vietnam turun daripada 50 ke-61.

Jepun adalah negara Asia yang menduduki tempat tertinggi tahun ini, iaitu tempat ke-18 susut dua anak tangga berbanding tahun lalu, manakala China di tangga ke-58, manakala India (88).

Namun mengejutkan kedudukan Hong Kong yang merosot kepada kedudukan ke-20, sedangkan dua tahun lalu menduduki antara 10 negara makmur di dunia dengan menduduki tempat kelapan.

Selasa, 26 Oktober 2010

Khamis, 21 Oktober 2010

Tiga sayap Umno mula bersidang hari in

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri memulakan perhimpunan agung masing-masing hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Fokus perhimpunan dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan jentera parti bagi membolehkan ketiga-tiga sayap menjadi barisan hadapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. Wanita Umno dengan 793 perwakilan mengadakan perhimpunan agung di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Pemuda dengan 795 perwakilan di Dewan Merdeka.

Pergerakan Puteri dengan 776 perwakilan pula mengadakan perhimpunan di Dewan Tun Dr Ismail. Perasmian serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap itu disempurnakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Pada perhimpunan hari ini, ketua pergerakan ketiga-tiga sayap itu menyampaikan ucapan yang kemudiannya dibahas oleh anggota perwakilan. Tiga usul iaitu ekonomi, pendidikan dan agama akan dicadangkan untuk dibahaskan oleh para perwakilan

Ahad, 10 Oktober 2010

Rabu, 22 September 2010

Takziah kepada KPBPG dan keluarga

Salam,

Alfatihah kepada Hj Raja Ali

Dimaklumkan ayahanda kepada Ketua Puteri Pasir Gudang  Raja Norasyikin Hj Raja Ali baru sahaja kembali ke rahmatullah. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga tabah menghadapi dugaan.

Amin

Rabu, 18 Ogos 2010

TADARUS PUTERI

Salam,
 
Rakan-rakan Puteri dijemput menghadiri Tadarus Puteri UMNO seperti butiran berikut

Tarikh       : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa        : 2.30 ptg sehingga berbuka
Tempat     : Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana
 
Bagi yang berminat sila reply email / hubungi Penolong Setiausaha - 012-7364149


Terima kasih

Rabu, 4 Ogos 2010

Jadual Buka Puasa Bersama Pemimpin (YB Datuk Seri Hj Mohd Khaled Hj Nordin)

14 Ogos '10/Sabtu   ~ Surau Al-Hafis Tmn Bukit Dahlia
15 Ogos '10/Ahad  ~ Masjid Al-Rahman Rumah Pangsa T.Molek
20 Ogos '10/Jumaat ~ Surau Al-Mutalib Kg Plentong Tengah
21 Ogos '10/Sabtu   ~ Surau Nur Mohd Kg Kuala Masai
22 Ogos '10/Ahad    ~ Surau Kg Masai Baru
27 Ogos '10/Jumaat ~ Masjid Perjiranan 9 Taman Air Biru
28 Ogso '10/Sabtu  ~ Surau Al Syakirin Kg Rumah10
4 Sept '10/Sabtu    ~ Surau Habibillah Anggerik Johor Jaya

Semua dijemput hadir.....

Jumaat, 30 Julai 2010

Majlis Ahya Ramadhan, Doa Selamat dan Penubuhan Puteri


Salam

Adalah dimaklumkan, Puteri UMNO Pasir Gudang 
dan Cawangan Permas Utama akan mengadakan Majlis:
 
1) Ahya Ramadhan bersempena menyambut bulan Ramadhan
2) Doa Selamat kepada ayahanda Ketua Puteri yang sedang 
    sakit dan untuk semua
3) Penubuhan Puteri UMNO Cawangan Permas Utama

Pada tarikh berikut ;-

Tarikh    :  3 Ogos 2010 (Selasa)

Masa     :  8 malam

Tempat  :  Bilik Gerakan Permas Utama
                Jalan 5/9 Permas 
               (Belakang Masjid Permas Utama)        
       

Sehubungan dengan itu semua ahli Puteri dijemput hadir  
dengan membawa kuih untuk dinikmati bersama

Sekian, terima kasih

Khamis, 29 Julai 2010

Gelombang penafian politik


Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

USAHA untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam oleh ahli-ahli politik dalam negara ini merupakan satu kegiatan yang baik dan perlu dialu-alukan. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam dalam negara ini.

Kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan diantara yang memimpin dengan yang dipimpin. Kerana itulah, Rasulullah SAW menegaskan, "bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."

Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 103 mengenai berpegang teguh kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai.

Namun amat dikesalkan atas kejujuran orang lain untuk melihat dua kuasa politik sebangsa dan seagama kembali berkerjasama, cadangan yang membawa kepada penyatuan itu akhirnya dipersoalkan sebagai sesuatu yang bohong.

Mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan orang lain dengan menggunakan kayu
pengukur pengekalan kuasa politik adalah satu bentuk sindrom resah dan kekacauan moral yang tidak selaras antara apa yang diucapkan dengan apa yang dilakukan.

Begitulah realiti umat Islam dewasa ini. Sepatut kita sama-sama mencari jalan
penyelesaian sehingga al-Quran dapat berfungsi kembali sebagai petunjuk
tertinggi dalam memecahkan masalah ummah yang tak pernah selesai. Kita harus bersikap jujur dalam memahami al-Quran, membuang jauh-jauh kepentingan peribadi.

Al-Quran sebenarnya juga berfungsi sebagai al-Furqan tetapi mengapa kita masih saja terpasung dalam polarisasi yang meruncing sesama umat Islam? Sebagai petunjuk, al-Quran menerangkan secara jelas hakikat antara yang benar dan salah. Kemudian diserahkan kepada manusia dengan kemahuan bebasnya untuk memilih yang benar atau yang salah, tidak terkecuali dalam kaitannya dengan moral dan kekuasaan.

Banyak peristiwa sejarah yang berlaku di Malaysia boleh kita renungi betapa
kerana takut kehilangan kuasa, mereka yang berada di tampok kekuasaan tidak lagi menghiraukan moral rakyat kebanyakan. Pada ketika itu, rakyat hanyalah sekelompok penyokong yang perlu mengiyakan apa yang diputuskan oleh pemimpin walaupun sedar ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Pemimpin terus menganggap dirinya yang betul, maka rakyat perlu patuh kepada apa yang dinyatakan.

Permulaan berkuasa penuh dengan kesederhanaan dan rendah diri. Setelah lama berkuasa, kesederhanaan sifat dan tindakan sudah berubah, sehingga pendapat orang lain tidak lagi perlu walaupun orang itu mendapat sokongan padu daripada ahli yang membentuk dan mengemaskan perjalanan organisasi.

Proses penyatuan tidak perlu dirintis secara lebih bermaruah kerana ia akan
menggadaikan seluruh perjuangan yang ditegakkan selama ini, akan membongkar kesilapan lalu yang terlalu lama digula-gulakan kepada rakyat.

Itulah realiti politik yang sedang berlaku dalam gelombang pengekalan kuasa
menuju sebuah arah yang gagal. Kegagalan bukan kerana tidak memahami keperluan, tetapi atas sikap yang semakin ego dan autokratik. Bila ada pihak yang cuba menghantar isyarat bagi memperbetulkan arah, maka pemimpin itu akhirnya diberikan petunjuk baru agar segera menghentikannya. Maka terjadilah suasana bisu dan beku, yang hanya boleh memberikan pandangan adalah pemimpin itu seorang.

Maka belum pun perbincangan selanjutnya dirintis, petanda awal itu bertukar
menjadi geruh politik yang membingungkan orang ramai. Dolak-dalik pun bermula sebagai petanda baru pemuafakatan yang disarankan semakin tidak dipersetujui kerana takutkan pusingan kuasa beralih dan bertukar tampok. Legasi untuk kekal sepanjang hayat tidak akan menjadi kenyataan, walaupun kepimpinannya semakin terumbang-ambing bagaikan "orang mabuk kuasa."

Kuasa mutlak milik Allah SWT. Pemimpin tidak berhak mempersoalkan kuasa yang mutlak kerana mempersoalkannya bererti cuba mengambil hak Allah SWT. Apabila pemimpin menyoalkan dan menilai seseorang itu masuk syurga misalnya, ia sudah bermakna sebagai satu percubaan mengambil kuasa yang hanya milik Allah SWT. Mempersoalkan hakikat keimanan seseorang atas kelainan fahaman politik juga merupakan percubaan mempertikai kuasa Allah SWT sedangkan antaranya masih mengucap dua kalimah syahadah, beribadat dan beriman dengan al-Quran, keyakinan kepada Tuhan yang sama.

Putaran turun naik dan jatuh bangun sesebuah kekuasaan bukanlah suatu peristiwa yang tidak bermakna, dalam setiap penggiliran kuasa itulah sebenarnya Allah SWT ingin memperlihatkan bentuk pengajaran yang terbaik untuk manusia. Teladan itu akan membentuk satu falsafah moral yang bakal menjadikan panduan buat manusia bagi meneruskan kelangsungan kuasa dan membentuk sebuah peradaban yang kuat.

Beruntunglah bagi manusia yang dapat memahami dan mengambil pengajaran dari setiap peristiwa yang pernah dialami dan menjadikannya sebagai nilai baru sepanjang menguruskan kuasa, tetapi bukan menjadikan kuasa itu sebagai milik mutlak manusia. Kemutlakan tetap milik Allah SWT. Amanah tersebut perlu dilaksanakan secara bermoral dan bertanggungjawab.

Penghayatan dan kupasan sejarahwan dan pemikir Islam, Ibnu Khaldun mengenai hal ini bersandarkan sepotong ayat yang telah digambarkan dalam al-Quran. Bangun dan jatuhnya sesuatu bangsa itu adalah kerana sikap kelompok elit yang tidak mempedulikan hak rakyat yang perlu diberikan perhatian dan akhirnya keegoan kelompok elit dengan pendapatnya sahajalah yang betul, maka rakyat menjadi muak dan benci. Ketika itulah suatu kuasa lain akan muncul mengambil peranan menjatuhkan kelompok elit yang lupakan tanggungjawab dan tidak melaksanakan amanah. (al-Quran Surah al-Isra ayat 16).

Kelompok elit terdahulu bukan sahaja jatuh, malah menerima jalan akhir penuh kejelikan. Kita mungkin tidak dapat melupakan bagaimana kekuatan Dinasti Pahlawi dan akhirnya terpaksa berkelana sehingga mati dalam buangan apabila rakyat Iran mula mempersoalkan bagaimana kuasa yang ada telah disalahgunakan. Kita juga memahami bagaimana suatu masa kemunculan Marcos penuh dengan sanjungan dan harapan, tetapi akhirnya dijatuhkan secara tragis sehingga menyebabkan kepulangan mayatnya menjadi konflik dan ketegangan.

Seorang penguasa wajib menjaga kehormatan agama Islam. Dia harus tetap membangun dan memperkuatkan pertahanan dan berusaha menjunjung tinggi kebenaran dan menjaga kemurnian umat agar langkah perjalanannya terpuji di sisi Allah SWT. Pemimpin juga perlu memperlihatkan sikap dan wibawa yang terpuji, bukan hanya untuk mendapatkan sanjungan manusia, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

Jangan-jangan kita semua sudah tidak peduli lagi dengan perintah Tuhan. Kita
semua sudah menjadi hamba dalam dunia bayangan yang kita ciptakan sendiri.
Semasa di masjid, kita membesarkan dan memuji kekuasaan Allah SWT; di luar masjid kita menggunakannya untuk bermaksiat kepada-Nya. Tangan-tangan yang kita angkat sepanjang amalan doa itulah juga kita celupkannya dengan dosa.

Lidah-lidah yang kita gegarkan bersama alunan suara nyaring menyebut Asma-Nya, lidah itulah juga akhirnya kita lontarkan kata-kata kesat, umpatan dan fitnah. Lidah itulah juga akhirnya memenjarakan diri kita dalam gelombang pembohongan dan penafian yang tidak berkesudahan.

Lidah itulah juga menyekat kita dari melakukan bahasa yang indah dan penuh makna kepada sebuah kebaikan. Kitalah sebenarnya telah memenjarakan tirai kuasa dalam politik belantara yang kotor dan keji.

Jangan kerana ingin terus berselindung di sebalik tirai kuasa, kita menjerat
diri dalam tabir politik dolak-dalik dan prejudis. Itulah sebenarnya telah
membunuh nilai diri dan keinsanan kita, sebagaimana dianjurkan oleh Islam. Tidak perlu kita mengamalkan apa yang pernah disyorkan oleh Machiavelli, matlamat menghalalkan cara, kuasa menghalalkan tindakan dan mengetepikan prinsip moral.

PENULIS ialah Yang Dipertua

Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

Majlis Golf Mayang

Salam,
 
Program Amal Golf Mayang menjemput 5 org AJK Puteri pada majlis Makan Tenghari jam 12 pada 31/7/2010 di Ponderosa.
 
Sila hantar nama sekiranya ingin hadir.
TQ

Isnin, 19 Julai 2010

Aktiviti Terkini

1)- 30 Julai - 01 Ogos : Kempen Keselamatan Jalan Raya & Anti Dadah (RADA) bertempat di Permas Jaya 1, Taman Permas Jaya, Masai. Banyak acara menarik menanti anda... Autoshow, Pertandingan Kompang, Zapin, Karoke & byk lg... Pelbagai Pameran dr swasta & kerajaan... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
 2)- WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN yang menetap di PASIR GUDANG... berminat utk menyertai Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) pada 1 Ogos 2010 bertempat di UiTM Shah Alam, hubungi KPU3PG, Raja Norasyikin Raja Ali segera SEBELUM 23 JULAI utk maklumat lanjut.
  

Khamis, 15 Julai 2010

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E (Sukarelawan) Puteri Malaysia

Salam.

Buat makluman semua sahabat Pu3 PG Yahoo Groups

Majlis Perlancaran V.O.U.G.E. (Voluntary Group For Everyone) Sukarelawan Puteri akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
 
Tarikh : 1 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 4.00 ptg (Bengkel) dan 2.00 ptg hingga 6.00 ptg (Perasmian)
Tempat : Dewan Seminar UiTM Shah Alam (Bengkel) dan Majlis Perasmian (Tapak Letak Kereta UiTM Shah Alam)

Puteri PG perlukan 30 orang peserta yg terdiri drpd 5 org utk setiap bengkel (ada 6 bengkel yang akan berjalan serentak). Peserta adalah terdiri drpd WANITA MUDA BERUSIA 18 HINGGA 35 TAHUN, penyertaan dari bukan Ahli Pu3 juga dialu-alukan.

Mereka yg berminat, sila email atau fb saya atau PSU Pu3 di :-
- fb KP : Raja Norasyikin Raja Ali
- Email PSU : diazzanirsa@ yahoo.com
- fb PSU : Diazz Anirsa

Berikan Nama Penuh, No K/P, Alamat & No H/P saudari2 sekalian. SEBELUM 23 JULAI 2010, Tempat terhad, siapa cepat dia dapat......

Mohon diwar2kan pada sahabat2 yg lain...

Terima kasih dari;
KPu3PG

Sabtu, 10 Julai 2010

PERTANDINGAN PUTERI ANGGUN 1 MALAYSIA

Sepertimana yang telah di war warkan ..

Program"Slot Puteri" dalam prgm International Bridal & Showcase akan di adakan

Pada: 11hb julai 2010
Masa:  jam 3 petang
Tempat: Giant plentong, Johor Bahru.

DIPERSILAKAN
WARGA MALAYSIA YANG BERADA DI JOHOR UNTUK TURUT SERTA DALAM
PERTANDINGAN PUTERI ANGGUN 1 MALAYSIA YANG AKAN DI ADAKAN DI GIANT
PLENTONG JOHOR PADA 11HB JULY 2010, 3 PTG.
SYARAT PERTANDINGAN 17
TAHUN KE ATAS, BERPAKAIAN CANTEK, MENARIK, DAN TIDAK MENJOLOK MATA,
KAUM IBAN, MALANAU, INDIA, CINA, DI GALAKKAN.....

TERIMA KASIH

Isnin, 5 Julai 2010

Perkhemahan Kepimpinan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN)

Salam buat semua Puteri PG.

Satu kursus daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) anjuran Gerakan Belia 4B(M) Caw Permasa Perdana bersama Pergerakan Pemuda UMNO Caw Bandar Baru Permas Jaya akan diadakan pd ketetapan berikut :-

Tarikh : 9 hingga 11 Julai 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Mutiara Motors Resort, Tanjung Sedili Kecil, Mersing, Johor
Pendaftaran : Jam 11 pg 11 Julai

Keperluan yg disediakan : Pengangkutan, Penginapan, Makan & Minum. Bawa keperluan peribadi & pakaian (sopan) secukupnya

10 orang Ahli Puteri diperlukan bagi menyertai kem ini. Tempat terhad jadi siapa cepat dia dapat.

Tarikh tutup beri nama pd saya selewat-lewatnya 6 Julai jam 2 ptg.

Boleh hubungi saya melalui email ini "rajanorasyikin@ gmail.com" atau inbox fb saya "Raja Norasyikin Raja Ali"

Terima kasih atas komitmen & kerjasama yg diberikan.

KPu3PG

Ahad, 4 Julai 2010

Kelebihan Berpuasa Pada Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Selasa, 22 Jun 2010

PERSIDANGAN PUTERI PASIR GUDANG 2010

Tanggal 20 Jun 2010 pada hari Ahad jam 9 pagi di Dorset Hotel Johor, berlangsunglah Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan selamatnya.

Persidangan dimulakan dengan selawat oleh kumpulan koir Urusetia sebaik sahaja menyambut ketibaan perasmi iaitu Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Puan Nor Azita Abd Rahman.  Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang, YM Pn Raja Norasyikin Hj Raja Ali dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar ahli Puteri sentiasa bersatu padu dalam perjuangan bangsa di atas wacana UMNO.

Sementara Puan Nor Azita Abd Rahman, dalam ucap rasminya merakamkan tahniah di atas persidangan yang berjaya dijalankan dan keaktifan Puteri UMNO Pasir Gudang dalam menjalankan aktiviti menarik minat wanita muda di Pasir Gudang. Puteri UMNO Bahagian Penggerang telah bertindak selaku Penyelaras dari Badan Perhubungan UMNO Johor.

Persidangan berlansung dengan lancar sebaik sahaja berhenti berehat dengan dipengerusikan oleh Saudari Nurhuda Mohd Salleh dan Saudari Sahara Supery. Pencalonan 10 perwakilan yang mewakili jawatankuasa Puteri Bahagian dan Puteri Cawangan ke Persidangan Bahagian dipersetujui sebulat suara. Pengerusi Tetap juga mengumumkan wakil G2 yang menang tanpa bertanding iaitu Pn Norlija Borham dan Pn Saidati Samat.

Usul telah dibentangkan oleh CIk Nur Ain selaku Ketua Penerangan Puteri Bahagian dan telah disokong oleh Pn Zurina Hassan. Usul diterima tanpa bahas.

Kelancaran persidangan dirakamkan oleh Tn Hj Abd Rahim Latif selaku ketua penyelaras dari bahagian dan menyampaikan beberapa amanat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian, YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin

Sebaik sahaja persidangan ditangguhkan jam 11.30 pagi, para perwakilan masih lagi tidak berganjak dari dewan mesyuarat kerana mengambil peluang beramah mesra dan merakam detik-detik siraturahim yang utuh... Terima kasih kepada semua perwakilan Puteri UMNO Pasir Gudang.

Jumaat, 4 Jun 2010

PROGRAM MAKAN 1M

Salam
Prog           :        Jom Rasa Makanan 1 Malaysia    
Tarikh         :        12.6.2010 / Sabtu
Masa           :        8 pagi - 6 ptg
Tempat        :        Flat Meranti
Anjuran        :        Biro Hal Ehwal Pengguna & Ekonomi,  
                              Puteri UMNO Pasir Gudang 
Dirasmikan :        Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj NOrdin, 
                              Ketua UMNO PG, Menteri Pengajian Tinggi
Pgisian        :        Senamrobik, Mewarna, Pertandingan Hidangan, 
                               Gerai jualan, Sukan rakyat

Untuk Pertandingan Hidangan 1 Msia, berikut adalah syarat penyertaan
(Tiada Bayaran dikenakan)        
hubungi Pn Ayu 013-7136503 / Pn Ida 017-7745592 20 
Penyertaan pertama layak menerima cenderahati  
Tarikh tutup : 11/6/2010 
                                                   
Syarat penyertaan
-        Juadah minum petang
-        Makanan hendaklah disediakan dari rumah
-        Hidangan untuk 4 orang makan  
-        Sediakan piring dan sudu untuk sesi menilai
-        Hidangan di atas dulang
-        Sediakan tag nama masakan & menu masakan


Penilaian          
-        Keaslian makanan tradisional
-        Kualiti Rasa  
-        Kreativiti dan keceriaan persembahan  
-        Memenuhi syarat peryertaam
-        Kelainan juadah satu kelebihan
-        Penampilan peserta mengikut tema juadah suatu kelebihan


Pengadilan                                                                
-         Juri profesional daripada Kolej Komuniti dan Politeknik                                                        
-         3 hidangan peringkat akhir akan ditentukan oleh Datuk Seri  
-         Hidangan pemenang menjadi hak penganjur                    

Khamis, 3 Jun 2010

PUTERI UMNO BERSIDANG

Sebagaimana yang telah dijadualkan oleh UMNO Pusat, Persidangan UMNO cawangan dan sayap dijadualkan pada 1 Mei 2010 sehingga 15 Jun 2010. Semua ahli puteri cawangan perlulah menjalankan tanggungjawab menghadiri persidangan UMNO Puteri Cawangan dan UMNO Cawangan.

Sebanyak 32 cawangan Puteri Pasir Gudang layak bersidang bagi memastikan kemantapan UMNO peringkat akar UMBI. Puteri UMNO Cawangan Taman Sri Pandan telah mendahului cawangan lain kerana telah bersidang seawal 5 Mei 2010, diikuti dengan cawangan Taman Flora Height pada 9 Mei 2010.
Beberapa cawangan Puteri juga telah menetapkan tarikh persidangan masing-masing. Diharapkan persidangan Puteri Cawangan kali ini dapat dijalankan dengan baik  bagi memperjelaskan kesungguhan perjuangan Puteri UMNO Pasir Gudang. Persiapan awal seperti notis persidangan, buku persidangan, kehadiran persidangan adalah tali pengukur kemantapan kita.

Persidangan Puteri UMNO Cawangan kali ini bagi memilih 2 perwakilan ke Persidangan Puteri UMNO Bahagian. Sementara pencalonan G2 (Perwakilan Puteri Bahagian ke Persidangan di Kuala Lumpur)  dan G10 tidak perlu melalui pencalonan daripada cawangan. Bagi pihak yang berminat untuk mencalonkan diri perlulah mendaftarkan pencalonan kepada Penolong Setiausaha Puteri UMNO Pasir Gudang. Walaupun bagi pihak Puteri UMNO Pasir Gudang akan memberi keutamaan kepada 2 AJK Puteri Bahagian bagi perwakilan G2, namun kami tidak boleh menolak sekiranya ada yang berhasrat untuk mencalonkan diri.

Sementara itu, Persidangan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang dijadualkan pada 20 Jun 2010 / Ahad jam 8 pagi hingga 1 tengahari  di Dorset Hotel Johor Jaya sementara Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang dijadualkan pada 27 Jun 2010 di Politeknik JB Pasir Gudang. Walaubagaimanapun masih tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.

Sehingga itu, bagi pihak Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan Selamat Bersidan

Kabinet bentang usul kecam keganasan Zionis - dipetik dari Berita Harian

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan untuk membentangkan satu usul di Dewan Rakyat bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan pasukan keselamatan Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini, semalam berkata, usul itu dibentangkan pada Isnin ini.

Katanya, ia adalah susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin yang menyatakan Malaysia akan mengusulkan pencabulan dan keganasan dilakukan Israel itu dibawa ke sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Dalam kejadian itu, sembilan dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera apabila komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara ketika di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Bagaimanapun, 12 rakyat Malaysia termasuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan dua krew televisyen Astro Awani berada dalam kapal itu kini dibebaskan, semalam.  

Sementara itu, pada sidang media selepas tinjauan mesra di Taman Sea Park, Petaling Jaya, Najib berkata, beliau akan membentangkan usul berkenaan bagi mewakili 28 juta rakyat Malaysia menyatakan pendirian menentang keganasan Zionis.
“Kita akan membuat usul khas, usul kerajaan menentang pencabulan hak asasi dan keganasan yang tidak berperikemanusiaan Israel terhadap konvoi kemanusiaan. Ini keputusan Kabinet dan saya akan membawa usul itu Isnin ini,” katanya.

Selasa, 20 April 2010

Ketua Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang - Laporan Berita Harian 20/4/2010


Terima kasih atas ucapan tahniah semua. Apa yang dipaparkan adalah atas penat lelah seluruh ahli yg telah mendaftar sbg Ahli Pergerakan Puteri UMNO Bhg Pasir Gudang khasnya buat mereka yg sentiasa memberi komitmen dalam apa jua perkara tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit. Ucapan tahniah ini juga khusus buat barisan Ahli Jawatankuasa saya, Kak Normah (NKP), Asrina (PSU), Along (PBhari), Ain (K/P) & semua AJK... Kak Faridah, Kak Saidati, Kak Ijah, Zurina, Ina Pie, Kak Ayu, Siti, Iadah, Im, Sara, G, Hjh Ain, Norzie, Suzi, Mizan, Zura & Liza.. Terima kasih yg tidak terhingga... kerana tanpa jawatankuasa siapalah ketuanya & tanpa ketua di manalah jawatankuasanya, kita sentiasa saling memerlukan DULU, KINI & SELAMANYA... .. HIDUP PUTERI PG...!!!

Ikhlas dari
KPu3PG..

Selasa, 13 April 2010

ROMBONGAN KE HULU SELANGOR

Salam, rakan-rakan Puteri

Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan rombongan ke Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sebagaimana berikut :-

Tarikh           :        17 APril 2010 / Sabtu
Masa            :        4 pagi
Lokasi Bas     :        Pusat Bandar Pasir Gduang & Taman Molek
Pakaian         :        T-shirt Puteri / pink, Seluar hitam / gelap, tudung putih

Kepada yg berminat, sila berikan Nama, No I/C, No Tel, dan alamat pd saya melalui email / fon (013-7724475) . Tempat duduk terhad

Terima kasih

Jumaat, 19 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 3 Cawangan

Salam hormat,

Sambutan Maulidur Rasul 3 cawangan iaitu 
Perjiranan 10, Perjiranan 9, Rumah Pangsa Tmn Air Biru
akan diadakan pada SABTU (20/03/2010) 
di Balairaya Perjiranan 9.
Majlis bermula dari jam 7.30pg hingga 1.00 ptg..
Aktiviti pertama iaitu Perarakan dari Medan Selera Perjiranan 9  
hingga ke Balairaya Perjiranan 9 pada jam7.30pg...
Dirasmikan oleh YB. DATO’ SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN..Beliau dijangka tiba jam 9.00pagi..
Diikuti acara nasyid, bacaan suci ayat Al-Quran dari kanak2 kelas tadarus Al-Quran Perjiranan 9, 
Ceramah agama dari Ustaz Kiai Haji Suhaili .
Makanan disediakan.

Sesiapa yang ada kelapangan baik lelaki, perempuan, tua, muda mahupun kanak-kanak dijemput hadir bersama-sama menjayakan majlis agama ini. 
Semoga kedatangan anda semua diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Rabu, 10 Mac 2010

PROGRAM SEMINAR CELIK NIAGA

Program : Seminar Usahawan Celik Niaga
Pada     : 28.3.2010
hari       : Ahad
Masa    : 8pagi-5petang
Tempat :Kolej komuniti pasir Gudang
Anjuran : Biro Usahawan Puteri UMNO Pasir Gudang
Perasmian : Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin (Ketua UMNO Pasir Gudang & Menteri Pengajian Tinggi)
TIADA YURAN DIKENAKAN (100 penyertaan pertama)
Sasaran
a)        Golongan muda yang berminat menceburi bidang usahwan
b)        Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan
c)        Usahawan yang mahu menambah rangkaian perniagaan
d)        Bakal Usahawan yang mahu memulakan perniagaan
Objektif
Program ini adalah satu Taklimat menjana ekonomi dan menyampaikan maklumat serta meluaskan pengetahuan
dalam bidang perniagaan.Perserta juga didedahkan dengan kaedah memohon lesen perniagaan mengikut klasifikasi
perniagaan yang diceburi.selain itu mereka juga diperkenalkan dgn satu cabang perniagaan rangkaian produk HPA
 
Kandungan Seminar
a)         Taklimat dan Penerangan
         Pengurusan Peniagaan oleh Kolej Komuniti
         Perlesenan oleh Majlis perbandaran
 
b)        Forum/bengkel bersama Badan Kewangan
        TEKUN,Bank Rakyat,Amanah Ikhtiar PUJB
 
c)        Peluang Perniagaan Islam
        HPA MARKETING
 
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi sebelum 20 March 2010
Saidati   -0137430826
Norlija   -0197757303
Normah -0137724475

Tahniah Biro Latihan & IT PU3PG....


Tahniah kepada Biro Latihan & IT Puteri UMNO Pasir Gudang yang dipengerusikan oleh Pn Norziewani Nordin dan jawatankuasanya kerana telah berjaya mengadakan kursus English Conversation di Kolej Komuniti Pasir Gudang semalam 8 Mac 2010

Ini merupakan program kedua yang dijalankan oleh biro tersebut dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 24 orang peserta telah hadir dan dipantau oleh Biro.

Program menjadi lebih bermakna dengan kehadiran En Hairi Malek, Setiausaha Politk YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin yang mewakili Datuk Seri merasmikan satu program di Kolej Komuniti  sudi singgah bagi menyampaikan amanat dan semangat kepada peserta bersama Pn Zainab Osman, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Dengan sokongan daripada Puteri UMNO Pasir Gudang, UMNO Bahagian dan peserta, Biro Latihan dan IT akan dalam perancangan mengadakan program yang lebih besar dalam tahun ini, insyallah.

Harussani jawab Nik Aziz

PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.
 
Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
 
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.
Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
 
"Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
 
"Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
 
"Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.
 
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
 
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
 
Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.
 
Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.
Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.
 
Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak."Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya," katanya.

Khamis, 25 Februari 2010

UMNO Bertambah Islamik, PAS Bertambah Takut.

Dalam senyap UMNO menerap kan nilai nilai Islam. Tak secara melalak dan berteori mcm PAS.

PAS pula mengamal Islam hanya di bibir dan di ceramah, lebih dari itu tak ada. "Pilih lah kami, kami akan ceramah dan terus ceramah" tu nampak nya slogan PAS.

Kalau PAS cerita ttg Islam PAS kena pandang kiri kanan dulu takut takut DAP akan dgr dan marah.

Kalau PAS jerit "hudud" atau "negara Islam" esok ada saje wakil PAS kena mengadap wakil DAP utk kautim yg jeritan tu utk pancing undi sahaja.

Kalau ada kain pemidang menyebut PAS mahu "hudud" atau "negara Islam" esok wakil PAS akan buat laporan Polis mengata kan kain itu bukan PAS yg pasang , Punya la takut PAS dgn pemberi tulang untuk di jinjing ia itu DAP.

Tgk le masa Hussam Musa tersepit depan khalayak ramai pasal "hudud" demi nak menang debat sangup kata "masih dlm perjuangan PAS" nak menang kat situ saje asal nak dapat sorakan. Tapi esok nya menjawap dlm perbincangan terutup dgn DAP dan keluar kata " semua dah selsesai" apa yg selesai? Kautim ngn DAP yg hudud utk tipu bangsa sendiri saje. "gua dapat undi melayu, lu pun untung" tu la gak nya kautim PAS.

Terbaru bila kerajaan dokongan UMNO mengeluarkan statemnt mengata kan 3 kes sebatan telah di selesai kan cara syariah. Wah melalak wakil PAS. Sampai kata UMNO nak jadi juara Islam dan ia nya palsu.
Eh buat cara islam pun salah ke? Tak buat ko kutuk, buat ko kutuk jugak. Org putih kata "damn if u do, damn if u dont".

Lepas tu bila kempen "UMNO juara rakyat" cuba di gangu oleh org PAS. Tak ada benda nak kacau maka kes guna sekolah pulak di ungkit. nak buat acara kasi bantuan kat sekolah di ungkit? Masa DAP guna wnag keranjaan PP buat kat tokong ko tak ungkit? Pakai ketayap beratur depan tokong ambik bantiuan ko senyap.

Bila bangsa ko nak bantu bangsa sendiri ko kacau. Ni lah ayat quran yg org pas baca . tafsir Islam nya lain mcm .

PAS kian bertambah jauh dari Islam , UMNO solid dlm kes nama Allah, PAS pulak berpecah , yg nak jual agama demi undi satu pihak, yg puak lagi satu di sebelah pihak. Tu akibat tak junjur la tu. Demi nak undi sangup jual punggong tak ada lansung takut dgn allah.

Secara hemah dan secara halus UMNO sudah pikat hati rakyat. kalau esok p/raya insyallah UMNO sapu 70% undi melayu. Tapi demi tak mahu PAS sedar dan counter maka UMNO buat secara senyap dan taktikal.

Konspirasi ciptaan Anwar yg takut masuk jel kerana liwat lalu mencipta konpirasi 2 supaya masuk jel kerana bakal jadi PM ada lah hayalan semata mata.

DSN dan TSMY tak ambil lansung faktor anwar menang kes atau tak kerana sokongan melayu sudah kembali kpd UMNO. There is no anwar faktor at all.Pada DSN dan TSMY anwar bebas pun ok, anwar masuk pun ok.

Jadi sekarang kita boleh lihat bagaimana UMNO menjurus kpd pembetulan dan mentadbir secara islamic tanpa menakut kan sahabat bukan Islam di dalam negara.

Kebajikan dan kesejahteraan rakyat yg sedang giat di laksana UMNO sungguh menakut kan PAS.
Sehingga PAS duduk memikir kan bagaimana nak sabotaj nya, itu lah ajaran Islam rasullulah yg PAS praktik kan agak nya.

PAS tak dapat mencerita kan kebaikan nya lalu terpaksa mencerita kan keburukan org lain. "make others look bad in order to make it self look good" tu polisi Islam PAS. Agak nya allah mahu bantu ke parti semacam ini?

Syabas UMNO , pedokong Islam praktikal, Pi mampus sama lu PAS pendokong Islam di bibir dan teori.

Takziah: Ketua Puteri Ampang meninggal akibat sakit jantung


KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd Zerain, 37, meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Ukay di sini, semalam kerana sakit jantung.
Haslinda, yang masih bujang, menghembuskan nafas terakhir di ruang tamu rumahnya jam 11.35 pagi dan hanya disedari ibunya Datin Rahimah Abdullah beberapa minit kemudian ketika mahu mengejutkannya kerana menjangka beliau tertidur di sofa.
Adik lelaki Allahyarham, Mohd Afdan, 33, berkata kakaknya dimasukkan ke Institut Jantung Negara selama sebulan bagi menjalani rawatan sebelum dibenarkan pulang tiga minggu lalu.

“Sakitnya dikesan lima tahun lalu, namun sejak tiga minggu lalu, beliau dibenarkan pulang ke rumah dan tahap kesihatannya semakin teruk sejak dua minggu lalu,” katanya.

Bapa Allahyarham, Datuk Dr Zerain Abdul Majid, 60, berkata Haslinda yang juga anak sulung dari tiga beradik, banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sejak tahap kesihatannya merosot.

“Sejak tiga minggu lalu, Haslinda tidak keluar rumah dan tidak mahu berenggang dengan saya dan isteri,” katanya, sambil menyifatkan Haslinda seorang yang sangat periang dan aktif.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang sebelum solat Asar, semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang ditemui ketika menziarahi jenazah menyifatkan pemergian Haslinda sebagai satu kehilangan besar kepada parti.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat aktif, rajin serta komited ketika menjalankan tugas.

Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo pula berkata, Umno dan Puteri Umno Ampang khususnya kehilangan seorang pemimpin berpotensi kerana Haslinda adalah pencetus idea penubuhan Puteri Umno di Ampang selain sangat berjasa kepada parti.

Jom sertai Kursus 'ENGLISH CONVERSATION' / PERTUTURAN (Penangguhan)


Salam hormat,
 
Pemberitahuan penangguhan Kursus pada 7 March 2010.  
 
Adalah dimaklumkan Biro IT dan Latihan   Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan Kursus  'English Conversation' / Perbualan pada 07/03/2010 Ahad jam 8.00pg – 5ptg di Kolej Komuniti Pasir Gudang . Yuran penyertaan sebanyak RM22.00. Makan dan sijil disediakan. Tempat adalah terhad. Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Puteri dan lepasan SPM . Sesiapa yang berminat, sila hubungi nama-nama berikut sebelum 20/02/2010

1) Cik Norfazidah – 017-7049409, 
2) Cik Surenah – 012-7141279, 
3) Cik Nur Amal Zakiah – 019-7443474, 
4) Puan Normah Kassim – 013-7724475 
 
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris memandangkan era globalisasi yang semakin canggih dan menuntut pertuturan pelbagai bahasa supaya kita tidak ketinggalan dibelakang.

Khamis, 11 Februari 2010

Kursus 'ENGLISH CONVERSATION' / PERTUTURAN anjuran Biro IT

Salam hormat,
 
Adalah dimaklumkan Biro IT dan Latihan  Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan Kursus  'English Conversation' / Perbualan pada 28/02/2010 Ahad jam 8.00pg – 5ptg di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Yuran penyertaan sebanyak RM25.00. Makan dan sijil disediakan. Tempat adalah terhad. Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Puteri dan lepasan SPM. Sesiapa yang berminat, sila hubungi nama-nama berikut sebelum 20/02/2010

1) Cik Norfazidah – 017-7049409, 
2) Cik Surenah – 012-7141279, 
3) Cik Nur Amal Zakiah – 019-7443474, 
4) Puan Normah Kassim – 013-7724475 
 
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris memandangkan era globalisasi yang semakin canggih dan menuntut pertuturan pelbagai bahasa supaya kita tidak ketinggalan dibelakang.

Rabu, 10 Februari 2010

Zambry sah MB Perak

PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

  • Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang menolak rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

  • Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak kembali menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak minta semua pihak menerima dengan hati terbuka.

  • 1 Malaysia We Concern

    Puteri UMNO Pasir Gudang telah mengadakan program 1 Malaysia We Concern pada 6 Februari 2010. Program seumpamanya itu adalah kali kedua dijalankan selepas Program Kabilah Prihatin pada Hari Raya Aidil Adha 2008. Program ini berkonsepkan Konvoi Jelajah sekitar Parlimen Pasir Gudang dengan menemui masyarakat yang memerlukan.


    Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang seminggu selepasnya, barangan yang dibawa berupa Hamper, beras, beg Puteri, limau dan wang tunai. Sebanyak 10 buah rumah yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan India telah dikunjungi oleh rombongan Puteri UMNO. Penerima terdiri dikalangan orang tua, ibu ditinggal, ibu tunggal, cacat, anak ramai dan mangsa kebakaran. Dan kebanyakan penerima bukanlah dikalangan penerima bantuan JKM. ADUN-ADUN yang terlibat kan mengusahakan mendaftarkan mereka.


    Jelajah Parlimen Pasir Gudang ini melibatkan dua DUN iaitu Permas dan Johor Jaya. Kedua-dua wakil rakyat telah turun padang mengunjungi rumah-rumah penerima di DUN masing-masing. Paling menarik apabila kunjungan di Tasek 64 Seri Alam menyaksikan penerima dari kaum India, wakil rakyat daripada kaum Cina (YB Tan Cher Puk) dan anjuran daripada kaum Melayu (Puteri UMNO Pasir Gudang). Di sinilah konsep 1 Malaysia terpakai.


    Penerima jelas menunjukkan  keharuan dengan kehadiran rombongan Puteri dan masyarakat sekeliling juga merasa kehadiran kami. Menyaksikan airmata, berkongsi masalah, dan melihat keperitan hidup sungguh menginsafkan. Mungkin barangan yang diterima tidak seberapa, namun kami mendengar rintihan, kami bawa bahu untuk mereka menumpahkan air mata, dan kami hulurkan tangan untuk mereka rasai kepedulian kami pada semua kaum. Mereka cukup kuat untuk menjaga 5 anak tanpa suami, menghadapi bencana, warga tua yang menjaga anak cacat, mendidik 8 anak tanpa bantuan, anak-anak kecil yg menjaga diri sendiri.


    Bagi pihak Puteri UMNO Pasir Gudang merakamkan jutaan terima kasih kepada YB MM Samy ADUN Permas, YB Tan Cher Puk ADUN Johor Jaya, En Sabapathy bersama MIC Pasir Gudang, MCA Pasir Gudang, UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ketua dan wakil cawangan UMNO yang turut hadir semasa penyerahan, rakan-rakan Puteri yang menyertai konvoi dan penerima yang sudi menerima kunjugan kami. Semoga apa yang kita usahakan dalam redha dan berkatNya jua. Dan niat kita untuk menjuarai hati rakyat dalam perancanganNya jua.