Khamis, 3 Jun 2010

PUTERI UMNO BERSIDANG

Sebagaimana yang telah dijadualkan oleh UMNO Pusat, Persidangan UMNO cawangan dan sayap dijadualkan pada 1 Mei 2010 sehingga 15 Jun 2010. Semua ahli puteri cawangan perlulah menjalankan tanggungjawab menghadiri persidangan UMNO Puteri Cawangan dan UMNO Cawangan.

Sebanyak 32 cawangan Puteri Pasir Gudang layak bersidang bagi memastikan kemantapan UMNO peringkat akar UMBI. Puteri UMNO Cawangan Taman Sri Pandan telah mendahului cawangan lain kerana telah bersidang seawal 5 Mei 2010, diikuti dengan cawangan Taman Flora Height pada 9 Mei 2010.
Beberapa cawangan Puteri juga telah menetapkan tarikh persidangan masing-masing. Diharapkan persidangan Puteri Cawangan kali ini dapat dijalankan dengan baik  bagi memperjelaskan kesungguhan perjuangan Puteri UMNO Pasir Gudang. Persiapan awal seperti notis persidangan, buku persidangan, kehadiran persidangan adalah tali pengukur kemantapan kita.

Persidangan Puteri UMNO Cawangan kali ini bagi memilih 2 perwakilan ke Persidangan Puteri UMNO Bahagian. Sementara pencalonan G2 (Perwakilan Puteri Bahagian ke Persidangan di Kuala Lumpur)  dan G10 tidak perlu melalui pencalonan daripada cawangan. Bagi pihak yang berminat untuk mencalonkan diri perlulah mendaftarkan pencalonan kepada Penolong Setiausaha Puteri UMNO Pasir Gudang. Walaupun bagi pihak Puteri UMNO Pasir Gudang akan memberi keutamaan kepada 2 AJK Puteri Bahagian bagi perwakilan G2, namun kami tidak boleh menolak sekiranya ada yang berhasrat untuk mencalonkan diri.

Sementara itu, Persidangan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang dijadualkan pada 20 Jun 2010 / Ahad jam 8 pagi hingga 1 tengahari  di Dorset Hotel Johor Jaya sementara Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang dijadualkan pada 27 Jun 2010 di Politeknik JB Pasir Gudang. Walaubagaimanapun masih tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.

Sehingga itu, bagi pihak Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan Selamat Bersidan

Tiada ulasan: