Selasa, 22 Jun 2010

PERSIDANGAN PUTERI PASIR GUDANG 2010

Tanggal 20 Jun 2010 pada hari Ahad jam 9 pagi di Dorset Hotel Johor, berlangsunglah Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan selamatnya.

Persidangan dimulakan dengan selawat oleh kumpulan koir Urusetia sebaik sahaja menyambut ketibaan perasmi iaitu Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Puan Nor Azita Abd Rahman.  Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang, YM Pn Raja Norasyikin Hj Raja Ali dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar ahli Puteri sentiasa bersatu padu dalam perjuangan bangsa di atas wacana UMNO.

Sementara Puan Nor Azita Abd Rahman, dalam ucap rasminya merakamkan tahniah di atas persidangan yang berjaya dijalankan dan keaktifan Puteri UMNO Pasir Gudang dalam menjalankan aktiviti menarik minat wanita muda di Pasir Gudang. Puteri UMNO Bahagian Penggerang telah bertindak selaku Penyelaras dari Badan Perhubungan UMNO Johor.

Persidangan berlansung dengan lancar sebaik sahaja berhenti berehat dengan dipengerusikan oleh Saudari Nurhuda Mohd Salleh dan Saudari Sahara Supery. Pencalonan 10 perwakilan yang mewakili jawatankuasa Puteri Bahagian dan Puteri Cawangan ke Persidangan Bahagian dipersetujui sebulat suara. Pengerusi Tetap juga mengumumkan wakil G2 yang menang tanpa bertanding iaitu Pn Norlija Borham dan Pn Saidati Samat.

Usul telah dibentangkan oleh CIk Nur Ain selaku Ketua Penerangan Puteri Bahagian dan telah disokong oleh Pn Zurina Hassan. Usul diterima tanpa bahas.

Kelancaran persidangan dirakamkan oleh Tn Hj Abd Rahim Latif selaku ketua penyelaras dari bahagian dan menyampaikan beberapa amanat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian, YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Hj Nordin

Sebaik sahaja persidangan ditangguhkan jam 11.30 pagi, para perwakilan masih lagi tidak berganjak dari dewan mesyuarat kerana mengambil peluang beramah mesra dan merakam detik-detik siraturahim yang utuh... Terima kasih kepada semua perwakilan Puteri UMNO Pasir Gudang.

Tiada ulasan: