Isnin, 25 Januari 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Johor Bersedih - Cuaca mendung pagi Jumaat 23 Januari 2010 dan curahan hujan yang jarang berlaku diwaktu pagi membawa khabar duka rakyat Johor.

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alalla Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail - Sultan Johor


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali


Peringatan untuk kita yang hidup, sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui kedudukan hamba disisiNya, sehingga baginda terpilih untuk mangkat pada penghulu hari. Baginda telah nazak pada waktu subuh dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Maghrib.


Hari pemakaman baginda dipermudahkan dengan cuaca terang, namun bandaraya Johor sunyi menangisi pemergian baginda.


Sebagai rakyat dan penduduk di bawah jajahan takluk Johor dikehendaki berkabung selama 7 hari dengan mengenakan lilitan putih sebesar 2 inci di songkok bagi lelaki dan tudung / selendang putih bagi wanita. Saya dimaklumkan ada yang telah dikenakan denda / saman sebanyak RM 700, dan berdasarkan peringatan dari ADUN  Tebrau, denda / saman maksimum sebanyak RM 3000 boleh dikenakan dibawa akta menderhaka kepada Sultan.


Kepada rakan-rakan Melayu beragama Islam yang berada di Johor, saya memperingatkan supaya mematuhi arahan tersebut  sebagai tanda taat kita kepada Sultan. Raja yang selama ini tempat kita berpayung di bawah jajahan takluk Johor.


Wallahualam


Nukilan
Normah Kassim
NKP

Tiada ulasan: