Salam,
Biro IT Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan
KURSUS ASAS KOMPUTER (Word,Excel,Power Point) pada:
Tarikh : 12/12/2009 Sabtu
Masa : 8am - 1pm
Tempat : Kolej Komuniti Pasir Gudang
Yuran : RM15.00
Sijil Penyertaan dan makanan disediakan.
Tempat terhad kepada 25orang sahaja.
Lepasan SPM & STPM akan diberi keutamaan.
Kepada yang berminat boleh menghubungi:
1) Pn. Norziewani (0127417744)
2) Cik Surenah (0127141279)
3) Cik Ida (0197587073)
Sabtu, 5 Disember 2009
Rabu, 4 November 2009
Latar Belakang Pasir Gudang
| ||||||||||||||||||||||
Kawasan Perindustrian | | |||||||||||||||||||||
'Penghulu' merupakan wakil raja yang mengutip cukai untuk barangan yang dibawa keluar dan masuk melalui jalan air. Apabila harga gambir dan lada hitam telah merosot, beberapa pemilik ladang telah cuba mengusahakan tanaman nanas. Pada awal abad ke 20, tanaman getah mula mendapat perhatian. Pengenalan getah di Malaysia menyebabkan pengusaha-pengusaha British dan Singapura membuka estet-estet yang besar. Sehingga 1916, enam buah estet yang meliputi kawasan seluas 15,000 ekar telah dibuka di Mukim Plentong. Kampung Pasir Gudang telah menjadi pusat polis, kastam dan pengawal candu (opium) di samping sebagai pusat bagi penghulu Mukim Pasir Gudang iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan pada tahun 1916. Penubuhan estet-estet juga telah menyebabkan meningkatnya kemasukan pengaruh British dalam sistem perundangan dan pentadbiran negeri Johor. Mereka juga membawa buruh dari Cina dan India untuk bekerja di estet-estet. Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal. Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru. Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura. | ||||||||||||||||||||||
Jom Join Kursus Kahwin di Pasir Gudang
Kursus Perkahwinanan)
Tarikh : 7-8 Nov 2009
Tempat: : Kolej Komuniti Tmn Scientex
Yuran : RM 120
Anjuran : Al Falah & Jab Agama Johor
Hubungi : Pn Normah 013-7727745 @ 0177357967
Khamis, 29 Oktober 2009
Gotong Royong Membersihkan Pantai
Salam rakan-rakan puteri yang dikasihi
Bersempena program Local Agenda 21 Zon Permas, satu aktiviti kemasyarakatan akan diadakan iaitu Gotong Royong Membersihkan Pantai. Oleh itu rakan-rakan dijemput bersama-sama menyertai program tersebut bagi membantu Pantai Senibong menjadi Pusat Perlancongan Makanan Halal sebagaimana di bawah
Tarikh : 31 Oct 2009 / Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Pantai Senibong
Pakian : Tshirt Puteri / Pink dan yg sesuai

Bagi peminat makanan burung payuh, dapatkan jenama FuYooo dari usahawan muda
Burung puyuh ni pun bagus bagi mengantikan ayam.. low cholestrol
Harga : RM 22 (10 ekor)
Hubungi : Hisham / Perang / 0123543497
Tenakan : Pontian Johor
Penghantaran : Sekitar Pasir Gudang. Boleh dirunding
Tempahan : Sebelum 31.10.2009
HARAP DAPAT DIPANJANGKAN KEPADA RAKAN2..TQ

Rabu, 28 Oktober 2009
Hukum Memakai Jenama Arak di Pakaian
Soalan: Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan 'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah, Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian
Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Jawapan:
الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan
menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang
berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:
عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة
من هذا الضرب.
Maksudnya:
"Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang
memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan
arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan
dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.

Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.
Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون
Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. " (Surah Al-Maidah: 2) Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya,sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan
kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.

Selasa, 27 Oktober 2009
Inti pati Bajet 2010
Ini hanya sebahagian drp budget 2010 yg telah diedit. Yang mana mengikut pandangan saya, budget info berikut adalah kena mengena dengan kita
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010. Pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010. Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010. Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari. Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang. RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik. Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa. Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

Langgan:
Catatan (Atom)