Khamis, 17 September 2009

Saudara-saudari sebangsa dan seagama ku!

DAP tidak akan berputus asa nak kuasai negara bertuankan Melayu. Untuk meletakkan bangsa China menjadi Menteri Besar di negeri pembangkang tawan gagal kerana Sultan masing-masing negeri hendakkan orang Melayu juga. Nasib Pulau Pinang kerana tidak mempunyai Raja atau Sultan Melayu.

Anda fikir mereka akan kecewa?

Oh! tidak sekali-kali, banyak masa lagi untuk memperondak perandakan kesatuan Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu ku ini sehingga kesatuan Melayu ini menjadi buih-buih atau kelompok-kelompok yang tidak dapat disatukan. Memang UMNO masih pertahankan tradisi demokrasi terpimpin. Kita sangsi demokrasi terpimpin ini nanti di suatu ketika akan dihapuskan dan menjadi negara dictator apabila UMNO hilang dari penghayatan orang Melayu.

Kita tentu tahu di mana-mana pun bangsa tidak semudah itu untuk disatukan. Tawaran menjadi ketua biasanya sangatlah dialu-alukan seperti kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru ditadahkan'. Demi kuasa dan wang ringgit di atas dunia ini sukar juga ditolak, bak kata orang peluang itu datang sekali sahaja.

Demikian itu peluang yang dilemparkan di hadapan mata tidak lagi dapat membendung nafsu yang besar biarpun bangsa sendiri tergadai di suatu ketika nanti.

Ah!!! apa sangatlah pentingnya agama dan bangsa itu, selama ini pun UMNO bukan boleh membantu aku menjadi orang besar dan berkedudukan di dalam parti? Apatah lagi dilempahkan rezeki melempah ruah!

Sedangkan parti China boleh memberikan aku kesenangan untuk anak cicit aku?

Pergi jahanamlah dengan bangsa dan perjuangannya! Mereka tidak akan beri aku kedudukan istimewa seperti yang diberi oleh bangsa yang sepanjang masa prejudis kepada orang Melayu. Yang penting aku mahu menjadi Menteri Besar seperti plan parti DAP...walau pun aku tahu yang aku ini adalah hanya sebagai alat untuk menjahanamkan kuasa ketuanan Melayu dan penghapusan hak keistemewaan orang Melayu di tanah sekangkang kera ini secara selamba sehingga ia menjadi satu kenyataan di suatu hari nanti.

Aku peduli apa kedudukan Raja-Raja Melayu akan dilucutkan suatu hari nanti apabila parti akau memerintah sepenuhnya di Malaysia ini. Istana Raja Melayu di Singapura yang menjadi lembaran sejarah adakah orang Melayu masih tangisi? Siapa yang peduli lagi!

Aku peduli apa Perdana Menteri Malaysia bukan dari orang bangsaku, aku peduli apa Ketua Turus Angkatan Bersenjata tidak lagi berketuakan Melayu.

Aku peduli apa Panglima Tentera Darat diperintah oleh orang bukan bangsaku. Aku peduli apa Panglima Tentera Udara diperintah oleh orang bukan dari bangsaku. Aku peduli apa Panglima Angkatan Laut diperintah oleh bukan dari bangsa ku.

Aku peduli apa Ketua Polis Negara bukan dari bangsa ku. Aku peduli apa Ketua Hakim Negara dipegang oleh bukan bangsa aku. Aku peduli apa Penggubal Undang-Undang di Parlimen bukan dari bangsa aku. Aku peduli apa bangsa aku terus ditekan seperti yang berlaku di satu Negara tu!. Seperti biasa bangsaku ini sudah memadai tempat ibadat mereka dan kebebasan agama mereka jangan dikacau. Orang putih dulupun buat cam itu.

Ketika itu aku adalah salah seorang Melayu yang walaupun hanya menjadi boneka, aku akan diagung-agungkan oleh bangsaku yang sudah merempat meminta-minta kepada satu bangsa yang dahulu hanya diberi taraf kewarganegaraan yang terhad. Ingat Aziz Ishak di satu ketika dahulu menjadi Menteri Pertanian dan Menjadi Presiden satu Negara yang dahulunya bangsaku yang perintah?

Aku peduli apa bangsa ku merempat kerana bukankah pemerintah sekarang menyatakan 'pencapaian didahulukan'. Ya... Pencapaian aku sangatlah gemilang dan terbilang kerana parti DAP yang mempunyai ciri-ciri PAP di Singapura mengiktiraf aku sebagai seorang pemimpin boneka mereka untuk menghancurkan keistimewaan orang Melayu di tanah air mereka. Ini sememangnya suatu pencapaian anak Melayu yang gemilang dan terbilang lagi tersohor.

Ketika itu nanti semua sekolah-sekolah kebangsaan akan bermediumkan bukan bahasa Melayu atau Kebangsaan yang disebut pada ketika ini. Medium sekolah-sekolah ini nanti akan diambilalih oleh aliran China dan Inggeris dan guru-guru pun terdiri kebanyakannya dari guru-guru bukan bangsaku dan anak-anak bangsa Melayu sudah mula belajar bahasa Cantonese atau Tionghua.

Semua ini tidak jadi hal langsung sebab aku masih lagi dikenang sebagai pelupor kejatuhan bangsa Melayu di Malaysia salah satu negara perintah Melayu di Nusantara. Cuma aku harapkan apabila aku mati nanti DAP akan memberi aku gelaran 'Tun' atau sebagai seorang negarawan terbilang yang dikenang oleh bangsa Melayu sampai bila-bila. Adakah aku akan ditanam di perkuburan pahlawan di Masjid Negara? Apa nak kesah itu semua. Yang penting anak cucu aku dapat hidup senang

Tiada ulasan: