Rabu, 21 Oktober 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah dijalankan pada 13-16 October 2009 di Putra Jaya World Trade Centre. Ketua Bahagian, Pegawai dan Ketua-ketua sayap telah menghadiri taklimat Presiden seawal 3 petang pada 13hb. Sementara perwakilan Puteri seramai 3 orang tiba di Grand Season Hotel jam 7 petang.


Walaubagaimanapun, perwakilan Puteri Pasir Gudang yang terdiri daripada Ketua Puteri YM Pn Raja Norashikin, Naib Ketua, Pn Normah Kassim, 2 Perwakilan, Pn Zurina Hassan dan Pn Masayu Yahaya sempat menghadirkan diri pada Perasmian Sayap yang disempurnakan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aura UMNO mula terasa dengan ucapan beliau apatah lagi bila warga-warga UMNO berkumpul


Pada keesokkan hari 14hb, perwakilan puteri telah menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ucapan Ketua Puteri Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin dijadikan amanat untuk dibawa pulang dan diterjemahkan di bahagian-bahagian. Bila dah berkumpul sesama Puteri dari pelusuk tanah air, keyakinan kita bagai diasah bahwa UMNO akan kembali bangkit


Ketibaan rombongan Puteri UMNO Pasir Gudang yang dikelolakan oleh Cik Nur Ain disambut oleh Ketua Puteri dan perwakilan dan ucapan ringkas dan taklimat diberikan kepada rombongan. Dengan harapan ahli puteri dapat mengambil beberapa info untuk dibawa pulang ke Pasir Gudang. Makan tengahari disediakan oleh Pemuda UMNO Malaysia menjadi titik pertemuan antara perwakilan dan rakan Puteri.


Pada sebelah petang, selepas perwakilan & rombongan puteri berehat di bilik penginapan di Grand Season, kami menikmati jamuan makan malan anjuran Badan Perhubungan Negeri Johor. Rakan-rakan Puteri begitu teruja dapat bertemu dengan tokoh pemimpin dan Dato Jins Samsudin. Walaupun terkilan tidak dapat bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang dikhabarkan meraikan ketua-ketua cawangan di Restoran Nelayan, namun rakan Puteri dapat menghadiri pada Majlis Makan Malam di Grand Season sebelum rombongan bas kembali ke Pasir Gudang


Pada keesokkan harinya, walaupun bukan perwakilan persidangan AGUNG UMNO, perwakilanan Puteri sekali lagi menghadirkan diri ke PWTC untuk mendengar ucapan daripada Presiden dan beberapa perwakilan. Pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry dan Dato Dr Khir Toyo adalah momen yang sangat berharga bila kita berkesempatan bertemu seorang pemimpin yang sedang berjuang. Perhimpunan Agung UMNO adalah tempatnya menemui mereka yang selama ini menjadi idola generasi muda.


Sebelum pulang, kami ke Majlis Makan Malam Presiden sebagai amanah sepanjang perjalanan persidangan yang dapat kami hadiri. Khabar mereka yang di Genting tetap diterima agar semuanya berjalan dengan selamat. Namun, sekiranya berpeluang pada persidangan akan datang, marilah kita manfaatkan perhimpunan ini agar aura perjuangan, perpaduan meresap di jiwa sanubari

1 ulasan:

Raja Norasyikin Hj Raja Ali berkata...

Tahniah... tp masih ada gak yg ckp belakang. Buat dikata, tak buat lagi org kata. Norzie, akak ada something nak share utk topik ni.