Khamis, 14 Januari 2010

SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengalu-alukan penyertaan anda sebagai warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang prihatin untuk menyertai kami sebagai SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI.

Objektif utama SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI adalah bagi membantu mangsa-mangsa dari segi kebajikan yang terlibat dengan apa jua bencana alam di seluruh negara, ianya diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa sementara mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Sekiranya anda prihatin dan berminat untuk menyertai SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI, Sila hantarkan maklumat diri;
Nama :
Alamat :
No K/P :
No. Tel / HP untuk dihubungi :
Emel :
No Ahli UMNO (Jika Ada) :

ke alamat email sukarelawanpu3@gmail.com
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 03-40413900 ext:386.
Penyertaan anda amat dihargai. GENERASI WANITA PRIHATIN- PRIHATIN BERILMU.

Isnin, 11 Januari 2010

1 MALAYSIA.......

Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan konsep 1 Malaysia (bukan One Malaysia) , banyak pihak terkena sindrom seperti yang berlaku semasa Tun Mahathir melancarkan Wawasan 2020. Semua orang seboleh-boleh mahu mengaitkan dengan Wawasan 2020 walaupun mereka tidak faham konsep itu.

Ini berlaku lagi kepada 1 Malaysia, sehinggakan semua perkara mesti ada disebut “satu” atau “one” salah satunya 1 Belia. Ini apa kejadah ni? Biar 1 Malaysia saja cukuplah.

Apa itu 1 Malaysia? Salah satu tentulah perpaduan dan 1 Malaysia bererti 1 sekolah, tidak seperti sekarang Cina ada sekolah mereka sendiri dan India pun ada sekolah mereka sendiri. Melayu tidak ada sekolah sebab orang Melayu sanggup “berkorban apa saja”. Selepas berkorban apa saja mulalah UMNO merayu kepada orang Melayu , “jangan tinggal daku” ketika Melayu memilih pembangkang.

Maka 1 Malaysia yang sebenarnya adalah satu sekolah yakni sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan bukan sekolah orang Melayu. Ini sekolah untuk semua rakyat Malaysia.

Kalau di peringkat kanak-kanak sekolah rendah semua kaum saling berinteraksi kemudian masuk sekolah menengah mereka lebih akrab lagi, semua kaum akan lebih memahami antara satu dengan lain. Sekarang sejak kecil sudah ada fragmentation dan perpaduan menjadi begitu retorik sekali.

1 Malaysia juga berhubung dengan satu bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua. Tetapi apabila pengantar sekolah Cina menggunakan bahasa Cina dan sekolah India menggunakan pengantar bahasa Tamil, tidak akan ada perpaduan dari aspek bahasa sampai bila-bila.

1 Malaysia juga bermaksud semua menteri-menteri dan pegawai kerajaan mesti bercakap dalam bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi. Takkan tidak boleh cakap Melayu boleh jadi menteri?

1 Malaysia bermaksud satu negara, satu bahasa dan satu sekolah. Kalau ini tidak boleh dilaksanakan berhentilah cakap fasal 1 Malaysia seperti semua orang sudah tidak bercakap lagi fasal Islam Hadhari dan Wawasan 2020. Demikianlah hipokritnya kita.

Isnin, 4 Januari 2010

 JOHOR BAHRU – Seramai 165 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan peralatan sekolah bernilai RM11,550 sempena program Kembali Ke Sekolah di sini.

Bantuan itu adalah sumbangan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama Ahli Parlimen Johor Bahru dan Care United Club Johor Bahru.

Naib Ketua Puteri UMNO Johor Bahru, Zamzahlina Zakaria berkata, sumbangan bernilai RM70 bagi setiap pelajar itu adalah berupa peralatan sekolah termasuk pakaian, kasut dan beg.

Katanya, pihaknya amat prihatin dengan beban kewangan golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan sekolah untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan esok.

‘‘Kita berharap program ini dijadikan sebagai program tahunan dalam memastikan persekolahan para pelajar yang kurang berkemampuan berjalan lancar,” katanya pada pemberita selepas majlis pelancaran di pasar raya Giant, Taman Suria di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Permas Jaya 2, Mohd. Shaqif Baharudin, 13, berkata, sumbangan seumpama itu memberi pendorong untuknya untuk belajar dengan lebih tekun.

‘‘Saya ingat nak guna saja barangan lama yang masih boleh dipakai, tapi bila dapat sumbangan seumpama ini saya amat bersyukur,” katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Ahmad Salam Ibrahim, 42, yang bekerja sambilan di pejabat pertanian daerah berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya.

Kata beliau, dia yang hanya bergaji sebanyak RM800 sebulan tidak mampu menyediakan persiapan sekolah yang serba baru untuk empat anaknya yang masih bersekolah.

Sumber dari Utusan Malaysia.

Segera buat rayuan terhadap keputusan mahkamah

Puteri UMNO menggesa pihak bertanggungjawab supaya segera merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ia perlu dilakukan bagi mengelakkan insiden-insiden yang boleh mengguris hati dan perasaan umat Islam berulang.

"Kita memang sedih dengan apa yang berlaku. Ini membuktikan bahawa begitu mudah agama dan nama tuhan kita diperlekeh dan dipermainkan oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kembali Ke Sekolah (Back To School) anjuran Puteri UMNO.

Rosnah diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi itu yang dibuat berdasarkan alasan Gereja Katholik selaku pemohon mempunyai hak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, lebih banyak insiden sedemikian dikhuatiri akan berlaku sekiranya tiada sebarang tindakan untuk mempertahankan Islam dilakukan.

"Selepas ini mungkin pihak lain pula yang akan mencetuskan insiden yang mampu mencabul agama Islam itu sendiri jika tiada tindakan dibuat," katanya.

Menurutnya, Puteri UMNO juga akan mengkaji dan melihat usaha-usaha yang boleh diambil bagi membantu mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut.

Sumber dari Utusan Malaysia.

Sabtu, 5 Disember 2009

Kursus Asas Komputer 12/12/09

Salam,

Biro IT Puteri UMNO Pasir Gudang akan mengadakan
KURSUS ASAS KOMPUTER (Word,Excel,Power Point) pada:

Tarikh   : 12/12/2009 Sabtu
Masa    : 8am - 1pm
Tempat : Kolej Komuniti Pasir Gudang
Yuran   : RM15.00

Sijil Penyertaan dan makanan disediakan.
Tempat terhad kepada 25orang sahaja.
Lepasan SPM & STPM akan diberi keutamaan.

Kepada yang berminat boleh menghubungi:
1) Pn. Norziewani (0127417744)
2) Cik Surenah (0127141279)
3) Cik Ida (0197587073)

Rabu, 4 November 2009

Latar Belakang Pasir Gudang







Pengenalan


Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan
Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:-






1. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE)
2. Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad)
3. Kampung Hilir
4. Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.






Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:-

1. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan).
2. Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan).
3. Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang.
4. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.

Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.
Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang. Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui 'surat sungai' yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.



Kawasan Perindustrian

 



'Penghulu' merupakan wakil raja yang mengutip cukai untuk barangan yang dibawa keluar dan masuk melalui jalan air. Apabila harga gambir dan lada hitam telah merosot, beberapa pemilik ladang telah cuba mengusahakan tanaman nanas. Pada awal abad ke 20, tanaman getah mula mendapat perhatian. Pengenalan getah di Malaysia menyebabkan pengusaha-pengusaha British dan Singapura membuka estet-estet yang besar. Sehingga 1916, enam buah estet yang meliputi kawasan seluas 15,000 ekar telah dibuka di Mukim Plentong. Kampung Pasir Gudang telah menjadi pusat polis, kastam dan pengawal candu (opium) di samping sebagai pusat bagi penghulu Mukim Pasir Gudang iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan pada tahun 1916. Penubuhan estet-estet juga telah menyebabkan meningkatnya kemasukan pengaruh British dalam sistem perundangan dan pentadbiran negeri Johor. Mereka juga membawa buruh dari Cina dan India untuk bekerja di estet-estet.
Pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan pergerakan gerila selepas perang di kawasan ini tidak memberi kesan besar kepada kegiatan perladangan. Di bawah Undang-undang Darurat pada tahun 1950an, kampung-kampung baru telah diwujudkan di Plentong, Masai dan Pasir Gudang. Buruh-buruh estet telah ditempatkan samada di kampung-kampung baru ini ataupun di berek-berek estet yang dikawal.
Walau bagaimanapun, perniagaan kecil dan aktiviti di perkampungan nelayan telah terjejas dengan teruknya akibat darurat. Semakin ramai bilangan penduduk kampung telah beralih berkerja di estet-estet. Selepas merdeka pula dalam tahun 1950an, Kerajaan telah cuba membebaskan penduduk Melayu yang tidak bertanah daripada belenggu kemiskinan melalui penubuhan skim-skim tanah seperti di Ban Foo, Plentong Baru dan Felda Cahaya Baru.
Kerajaan Negeri seterusnya telah mengambil tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan. Peristiwa ini selanjutnya menjadi latar belakang kepada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Pembangunan ini sangat penting kepada negeri Johor, terutamanya kerana ia melibatkan penubuhan Pelabuhan Johor yang menjadi alternatif kepada pelabuhan yang terdapat di Singapura.

 

Jom Join Kursus Kahwin di Pasir Gudang

Kursus Perkahwinanan)


Tarikh        :        7-8 Nov 2009
Tempat:    :       Kolej Komuniti Tmn Scientex
Yuran        :        RM 120
Anjuran     :        Al Falah & Jab Agama Johor
Hubungi    :        Pn Normah 013-7727745 @ 0177357967